Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, July 16, 2014

Uji Pandu Lexus GS 300h Hybrid

Kereta Hybrid merupakan salah satu pilihan alternatif bagi pemilik yang ingin memiliki sebuah kereta yang mempunyai kegunaan bahan api yang efisien. Selain daripada kereta konvensional biasa, izinkan saya memperkenalkan kepada anda salah satu kereta hybrid di pasaran Brunei Darussalam, iaitu Lexus GS 300h.

Huruf "h" yang ada di belakang setiap jenis model adalah lebih daripada tanda - ianya adalah komitmen untuk menyampaikan pemikiran yang paling ke hadapan, industri-perubahan teknologi hybrid. Dan ciri-ciri canggih Lexus ini bersedia untuk melebihi batas imaginasi anda. Satu lagi ciri yang membezakan model hybrid daripada model konvensional ialah plat logo Lexus berwarna biru.


GS 300h menggabungkan pengeluaran dan penggunaan bahan api yang rendah, pemanduan selesa, dan kos pemilikan yang sangat rendah untuk jangka masa panjang. Inilah masa yang sesuai untuk menguji jenama Lexus GS 300h.

Lexus GS 300h dilengkapi dengan reka bentuk jeriji spindle yang membuatkan kereta ini kelihatan sangat agresif. Model ini dipasangkan dengan Enjin Hybrid Lexus iaitu loji kuasa elektrik yang menggabungkan prestasi dan kecekapan. Enjin yang menguasai GS 300h itu adalah sama dengan enjin ES 300h.

Sistem hybrid ini dikuasai oleh 143bhp (105kW) motor elektrik dan 2.5 liter, empat silinder, 16-valve DOHC dengan Dual VVT-i dan sistem ekzos peredaran semula di tahap kecekapan tertinggi. Enjin ini boleh memberikan kuasa setinggi 181bhp (133kW) pada 6,000rpm dan 221Nm tork dari 4,200 hingga 5,400rpm.

Dalaman GS300h adalah luas dan sangat selesa. Pintunya tutup rapat dengan bunyi gedebuk yang menenangkan, dan tempat duduk kulit leather pemandu boleh diubah suai posisi tempat duduk dengan hanya menekan punat ditepi kerusi. Tambahan lagi, posisi tersebut boleh di simpan didalam data yang disediakan jika mahu pada posisi yang sama. Ia juga dimuatkan dengan bahan seperti kamera reverse, lampu depan Bi-Xenon dengan lampu LED bagi perjalanan waktu pagi, cermin khas untuk pemandangan yang susuah di lihat (Blind Spot Monitor) dan banyak lagi.

Mantuka diberi peluang untuk menguji pandu GS 300h yang bermula dari Bilik Pameran Lexus, Gadong dan mengambil jalan yang panjang ke Jerudong dan Katok kemudian kembali ke Bilik Pameran tersebut.

Selepas memulakan enjin kereta, perkara pertama yang anda notis dalam GS 300h, ialah ketenangan dan bunyi sibuk di Jalan Gadong tidak kedengaran didalam kereta. Lexus terkenal dalam membuat kereta yang sempurna dan selesa. Lexus mempunyai adaptive variable suspension (AVS) dimana ia sentiasa memantau tabiat anda memandu, permukaan jalan, gerakan badan anda dan kemudian mengubah-suaikan perjalanan anda dengan menyesuikan suspension di setiap empat roda secara bebas.

GS 300h ini menawarkan tiga mod memandu, yang dikawal oleh Drive Mode Select pada konsol tengah iaitu Eco, Normal dan Sport. Pengalaman memandu yang berbeza boleh dipilih mengikut trafik dan keadaan jalan atau perasaan pemandu dari yang inginkan pemanduan yang tenang atau inginkan kelajuan agresif kesukanan. Warna-warna ke atas panel akan berubah dari biru ke merah, bergantung kepada mod yang dipilih.


Dalam mod Eco, penyaluran kuasa dan sistem hawa dingin dihadkan untuk memberi lebih penjimatan, sekali gus sesuai jika berdepan trafik sesak atau bergerak perlahan. Anda akan merasa pengendalian menjadi berat dan perlahan apabila anda menukar dari Mod Normal. Mod Normal menyediakan perjalanan setiap hari yang selesa. Sementara itu, Mod Sport membuatkan sistem stereng elektronik dan tindak balas enjin menjadi lebih responsif untuk memuaskan hati pemandunya.

GS 300h juga mempunyai mod tambahan eksklusif untuk teknologi hybrid penuh iaitu mod EV (Electric Kenderaan). Dalam mod ini, ia boleh beroperasi sehingga kelajuan 64 km/j pada jarak yang lebih pendek dan ianya menggunakan kuasa motor elektrik sahaja. Mod Salji memberi untuk cengkaman yang lebih baik apabila jalan yang licin dan basah.

Dalam perjalanan dari ke Katok, salah seorang Perunding Jualan Lexus telah mendemonstrasikan mod Sequential Shift (Mode S) serta penggunaan shift gear di belakang stereng. Sequential shift mempunyai enam kelajuan dan mempunyai fungsi serupa seperti transmisi manual. Mod ini adalah untuk meningkatkan lagi kelajuan, keseronokan dan kesukanan memandu. Apabila mod ini digunakan dan menekan gear sepenuhnya, anda tidak akan merasa perubahan dalam gear, tetapi dari peningkatan bunyi kelajuan kedengaran memberikan anda pengalaman adrenalin dan merasa kuasa kereta ini.

Di roundabout Katok, pihak Mantuka menyedari bahawa stereng adalah lebih sukar untuk dipusing berbanding dengan selekoh yang kurang tajam. Stereng terasa sangat karas atas sebab kereta yang sangat pintar ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dimana ia dapat melindungi anda dari membelok stereng yang berlebihan dan menghalang anda daripada memandu di luar jalan yang boleh membawakan anda ke kemalangan. Dengan kawalan keselamatan ini, kecerdasan kereta boleh memberi jaminan bahawa anda dan penumpang anda akan mempunyai pemanduan yang selamat dan keyakinan dalam GS300h.

Kestabilan dan pengendalian GS 300h sangat sempurna dan mudah. Anda berasa seolah-olah terapung di atas jalan ketika memandu di lebuh raya dan jalan tidak rata di perkampongan.

Lexus GS 300h mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemilikan kereta ini termasuk penyelenggaraan kos yang rendah dijangka masa panjang, dan ini menaruh GS 300h di kedudukan yang sangat menarik bagi mana-mana pelanggan yang inginkan penjimatan di masa panjang dari segi kewangan dan juga alam sekitar.

Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya untuk memandu sebuah Lexus GS 300h, kunjungi Bilik Pameran Lexus, Gadong untuk membuat tempahan membuat uji pandu.

Harga jangkaan bermula dari BND$93,000 keatas.