Dalam pembelian kereta yang terbaik, ada beberapa
faktor utama yang mereka harus utamakan keatas mana-mana model kereta tertentu seperti 'harga terjangkau', 'penjimatan minyak' dan 'boeh dipercaya'. Pembuat kereta
membangunkan model mereka di sekitar falsafah ini dan begitu juga dengan model
Toyota yang telah memperkanlkan keluaran baru 'Etios'. Dengan sifat pasaran yang sentiasa berubah di mana 'kemampuan'
dan 'kecekapan' tidak cukup untuk mengekalkan kepuasan pelanggan, Toyota
telah menambahkan beberapa lagi ciri-ciri mewah dalam pembinaan Toyota Etios.
Toyota Etios yang baru
dilancarkan dalam bulan Mei merupakan kereta yang praktikal dan mempunyai rupa yang
hebat dan bergaya, keselesaan dan kecekapan bahan api yang efisien. Etios
adalah salah satu Toyota yang paling berpatutan dan boleh dimiliki oleh orang
ramai. Ianya sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda, dan Etios adalah
teman kepercayaan anda di mana sahaja anda pergi.
Jika sebuah Etios melintasi anda
di jalan raya, ianya mampu menarik pemerhati di
bahagian luaran Etios yang dilengkapi dengan lampu indikasi ORVM dan elemen-elemen baru dalam
kelompok ekor-lampu. Walaubagaimanapun, dalaman kabin Etios telah menerima
kebanyakan barangan dibuat secara berkualiti setentunya sebagai nilai tambah kepada pembeli.
Apabila anda membuka pintu Etios,
anda akan terus tertarik pada warna biru papan
pemuka (dashboard) plastik pada kereta
ini, menjadikannya kelihatan sangat baik. Warna ini lebih sesuai dengan watak
konservatif kereta Etios. Model baru didatangkan dengan tempat duduk dikhaskan untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan juga penumpangnya.
Etios dikuasai dengan enjin petrol
1.5 liter dan digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan manual. Ianya dibekalkan dengan
kuasa 4 silinder yang mampu menghasilkan 66kW pada 5600 rpm dengan tork 132Nm pada
3000 rpm. Ini juga digabungkan dengan kombinasi 16-valve DOHC.
Semasa membuat uji pandu Etios, tahap
pemanduan sangat selesa dan mempunyai respon yang sangat baik. Walaupun penukaran
gear transmisi manual itu tinggi, ianya sangat mudah dijalankan. Dengan
perubahan reka bentuk cermin luar yang lebih aerodinamik itu terbukti memberikan
pengendalian yang stabil dan bunyi angin yang kurang semasa membuat perjalanan.
Bahagian dalam Etios mempunyai
ruang yang luas boleh memuatkan tiga orang dewasa di belakang dan masih
mempunyai ruang untuk pergerakan kaki dan kepala. Ianya juga mempunyai banyak
ruang di bahagian hadapan untuk barangan kecil seperti buku, kacamata hitam,
kertas peta dan macam-macam lagi.
Persediaan suspension Etios
menunjukkan keteguhannya pada permukaan jalan yang tidak rata di sepanjang
Happy Star dan Le Doux Pattisserie di Batu Besurat. Tambahan lagi, walaupun stereng
tidak begitu tepat dan agak tidak konsisten samasa jalan tidak rata, ianya
sangat stabil pada jalan lurus dan selekoh dan anda boleh memandu sepanjang hari di lebuh raya dengan penuh kepercayaan kepada Etios.
Sepanjang perjalanan uji pandu
itu, pemanduan menambah sangat selesa seperti berada dirumah dengan adanya
penggunaan sistem peralatan muzik 2-DIN serta port USB, Aux-in dan peyambung
Bluetooh di dual-tone upholstery dalam Toyota Etios.
Semasa balik ke Bilik Pameran NBT
di Gadong, pengendalian Etios transmisi manual menaiki bukit memberikan kawalan
yang bagus dan stabil.