Gambar dari Volvo Cars Group |
Tiga tahun dalam pembuatannya, XC90 baru menandakan permulaan bab baru dalam sejarah Volvo, menangkap kearah reka bentuk masa depan, menggabungkan pelbagai teknologi baru yang tersendiri dan menggunakan teknologi baru iaitu Architecture Produk Berskala (SPA).
"Ini adalah salah satu hari yang paling penting dalam sejarah Volvo. Kami bukan sahaja melancarkan sebuah kereta, tetapi melancarkan semula jenama kami. Hari ini menandakan satu era baru bagi syarikat kami. Dengan perkembangan XC90 ini, ianya membukakan portfolio kereta baru yang menarik yang akan datang pada masa yang akan datang, "kata HÃ¥kan Samuelsson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car Group.
Gambar dari Volvo Cars Group |
Bonet XC90 baru adalah lebih besar dengan topografi yang baru, beltline dan bahu yang tajam bersambung dengan reka bentuk seperti tatu ("tattoo"), lampu belakang baru merupakan reka bentuk penting yang akan dicerminkan keseluruh varian Volvo.
Untuk menambah visual yang lebih menarik, XC90 akan datang dengan beberapa saiz roda sehingga 22 inci.
Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Volvo Car Group, Thomas Ingenlath mengatakan bahawa kereta ini mempunyai ruang yang sangat luas, sambutan cahaya dan tumpuan kepada kesejahteraan.
Kombinasi yang luar biasa terdiri dari kemewahan, ruang, serba boleh, kecekapan dan keselamatan akan membawa segmen SUV ke satu dimensi baru, seperti XC90 asal yang dicapai pada tahun 2002.
"Adrenalin yang merupakan kunci kepada keseronokan memandu adalah daripada kekuasaan powertrains yang menawarkan gabungan yang tiada tandingan kuasa dan operasi bersih. Dan sejak XC90 Volvo membawa lencana, keselamatan bertaraf dunia adalah standard," tambah beliau lagi.
XC90 baru menawarkan pelbagai enjin dua litre, empat silinder powertrains Drive-E, ianya menawarkan satu gabungan yang luar biasa dari segi prestasi dan kecekapan bahan api.
Varian yang teratas ialah XC90 Enjin Berkembar, yang menggabungkan dua liter, empat silinder supercharged dan turbocharged enjin petrol dengan motor elektrik, menawarkan gabungan yang tiada tandingan kuasa dan operasi bersih. Kombinasi ini mampu memberi prestasi kuasa setinggi 400 kuasa kuda dengan karbon dioksida (CO2) sebanyak kira-kira 60 g/km (NEDC kitaran memandu).
Gambar dari Volvo Cars Group |
Dalam senario jalan off-road, Volvo XC90 serba baru boleh mengesan apa yang berlaku dan tali pinggang keselamatan di hadapan akan diketatkan untuk menjaga pemandu dan penumpang didepan. Untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang, fungsi tenaga menyerap ("energy-absorbing") antara tempat duduk dan frame tempat duduk kusyen akan menegak apabila kereta akan menghadapi sesuatu yang tidak diingini.
XC90 adalah kereta pertama di dunia dengan teknologi yang mempunyai brek automatik jika pemandu memotong jalan menuju ke hadapan semasa kereta dari jalan raya sebelah menuju ke arah sebaliknya. Ini adalah senario biasa di jalanan bandar yang sibuk dan juga lebuh raya di mana had laju adalah lebih tinggi.
"Keselamatan di Bandar" adalah nama utama untuk semua kereta Volvo yang mempunyai fungsi brek auto dan juga standard. Ia kini melindungi kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki di hadapan kereta, siang dan malam.
Gambar dari Volvo Cars Group |
Keselamatan, penyambungan dan pemanduan autonomi merupakan tiga tumpuan fokus yang akan membantu Kereta Volvo untuk mencapai Wawasan 2020.
Pedalaman XC90 adalah yang paling mewah telah direka untuk Volvo. Ciri yang paling menarik adalah konsol kawalan skrin sentuh seperti tablet. Ia merupakan otak sistem kawalan kereta serba baru yang tidak menggunakan sebarang punat dan menunjukkan satu cara yang baru bagi pemandu untuk mengendalikan kereta mereka dan mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan internet. Ia juga membantu mewujudkan dalaman yang moden, luas dan tidak bersepah.
Dalaman XC90 baru menggabungkan bahan-bahan seperti kulit leather yang lembut dan kayu buatan tangan yang terperinci, termasuk gear lever yang diperbuat daripada kaca kristal dari Orrefors, pembuat kaca Sweden yang terkenal, dan kawalan potongan berlian untuk punat memulakan dan mematikan enjin dan kawalan audio.
XC90 baru menawarkan tujuh tempat duduk, reka bentuk kerusi yang inovatif juga memberi ruang dalaman untuk kedua-dua penumpang di tempat duduk barisan kedua dan ketiga. Barisan ketiga menawarkan keselesaan bertaraf utama untuk dua penumpang setinggi 170 cm.
Gambar dari Volvo Cars Group |
XC90 serba baru boleh didapati dengan pelbagai aksesori yang membolehkan pemilik untuk mewujudkan sebuah kereta yang benar-benar peribadi. Terdapat dua jenis gaya luaran utama mengikut temanya iaitu:
- Pakej Mewah Urban menggabungkan bodykit berwarna dengan polished stainless steel, hiasan frame depan, plat skid didepan dan belakang, dan plat side scuff. Roda 21 inci melengkapkan rupa elegan dan eksklusif.
- Pakej Mewah Rugged menawarkan bodykit yang meningkatkan kelasakan daripada XC90 SUV dengan luaran trim tech matte hitam, plat polished stainless steel, papan berjalan dengan pencahayaan dan paip ekzos bersepadu. Versi ini ditambah dengan keunikkan roda 22 inci.
Penempahan untuk pelanggan di Negara Brunei Darussalam adalah terhad untuk 6 hari sahaja bermula dari 27hb Ogos 2014. Jadi tunggu apa lagi? Buatlah tempahan anda untuk memiliki Volvo XC90 serba baru edisi pertama dengan menghubungi Bee Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volvo di pasaran Brunei Darussalam di talian 2456830 atau 2456853. Volvo XC90 serba baru akan dilancarkan di Brunei Darussalam tahun dapan pada Jun 2015.