Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, September 21, 2014

Uji Pandu Citroen DS4



Syarikat Grand Motors Sdn Bhd pengedar tunggal Kia dan Mazda kini memperkenalkan barisan jenama barunya dalam industri otomotif di Negara Brunei Darussalam. Jenama terbaru itu ialah ‘Citroen’ yang sudah dikenali oleh peminat kereta eropah di negara luar. Ramai juga menyangka jenama tersebut pernah berada dinegara ini tetapi menghilang tanpa sebab di pasaran Brunei.

Dengan pengedar baru ini, Citroen memutuskan untuk kembali dengan memperkenalkan model varian terbarunya yang lebih memuaskan.

Baru-baru ini, penulis telah menjelaskan ciri-ciri model Citroen DS3 semasa uji pandu dijalankan sebelum itu, dan kini sebuah lagi model baru diperkenalkan kepada penulis dari jenama yang sama Citroen tetapi versi DS4. DS4 sebuah kereta premium yang pernah memenangi anugerah ‘Most Beautiful Car of The Year’ di Auto Bild 2011 Design Award berada dinegara ini untuk pelanggan yang ingin kepada keunikan.

DS4 direka sebagai sebuah kereta versi Coupe yang mempunyai ruang yang luas memberikan empat tempat duduk selesa, kereta mewah ini bukan sekadar kereta biasa bahkan rekan bentuknya yang unik seolah-olah kereta yang berkonsepkan kepada futuristic (masa depan).

Reka bentuk luarannya sangat sportif dan rekaan jeriji eksklusif Citroen dengan kemasan perak di bumper hadapan yang cukup menonjol serta logo DS di hujung hood selain dilengkapi lampu LED siang di bahagian lampu kabus.

Semasa penulis diberikan peluang untuk menjalankan uji pandu, memasuki ruang kabin DS4, sudah dapat dirasakan dari segi keselesaannya kerana ia dipenuhi dengan ciri-ciri premium dan kemewahan.

Kereta ini bukan sahaja mempunyai ruang yang luas, ianya juga mampu membuka bumbung panorama yang boleh dibuka sehingga ke belakang boleh menampakkan ruang kabin yang lebih lapang sesuai untuk memberi pengalihatan luas kepada pemandu dan penumpang hadapan.

Tambahan lagi, kerusi balutan kulit Havana Club dengan jahitan berpetak-petak nampak kemas. Struktur tempat duduk direka seperti kerusi ala kereta lumba ‘bucket’ untuk memberi kestabilan pemandu ketika menyusuri selekoh.

Semasa dalam perjalanan menuju kerumah-rumah yang jauh terutama di daerah Tutong, penulis mencuba menekan punat dibawah kerusi seperti yang diarahkan oleh ahli kakitangan Citroen jika keletihan, dengan merasa terharu kerusi DS4 mampu memberikan urutan automatik dibahagian punggung belakang.

Selain fungsi unik itu, Citroen DS4 juga dilengkapi dengan pendingin hawa dwi-zon automatic yang memberikan suhu angin berlainan bagi pemandu dan penumpang dengan indikasi suhu tersendiri. Anda tidak akan jemu mendengar music audio dengan sistem bunyi Arkamys yang boleh disambungkan menggunakan Bluetooth atau Aux. mungkin kesemua hampir sempurna walaubagaimanapun, cermin belakang tidak dapat dibuka.

Bahagian Panel meternya juga nampak futuristik dengan kombinasi sistem digital untuk menyukat kelajuan serta putaran seminit enjin selain boleh ditukar warna mengikut kemahuan pemiliknya.

Semasa memandu balik dari daerah Tutong di waktu hujan, perjalanan agak sedikit tidak rata dan licin, walaubagaimanapun, kereta ini mempunyai suspensi sedikit lembut dan selesa sekali gus sehinggakan tidak merasa begitu bergegar didalam, ianya sesuai kepada mereka yang sudah berkeluarga. Tambahan lagi, biarpun sistem suspensi agak lembut, pengendaliannya masih lagi mengagumkan.

Kalau dilihat, kereta ini kalau dilihat memang dipanggil versi kompak tetapi reka bentuk tubuhnya dibentuk dengan sempurna sehinggakan jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun kereta ini mempunyai falsafah tersendiri rekaan Citroen yang unik. Bagi yang pernah masuk kedalam kereta ini, penumpang pasti akan memikir bahawa Ds4 adalah sebuah kereta 2 pintu tetapi sebenarnya pembuka kereta dibahagian belakang tidak kelihatan sehingga ianya diperiksa dnegan teliti.

Bagi yang baru melihat kereta ini dijalanan, janganlah pandang sebelah mata terhadap prestasi kenderaan DS4 kerana ia memberi tenaga yang cukup mantap apabila enjin berkapasiti Citroen 1.6 VTi menyalurkan 240/1400 torque maksima dengan kuasa sehingga 120/6000 kuasa maksima, ini kerana kelebihan kedua buah model tersebut dilengkapi dengan sistem turbo.

Sebenarnya, Citroen DS4 adalah model kedua yang dilancarkan di bawah lencana DS selepas DS5. Kereta ini menampilkan gaya yang unik apabila direka meng­gunakan konsep coupe dengan kapasiti tempat duduk 2+2. Pemanduan DS4 sangatlah selesa sehingga sampai kedestinasi di Daerah Tutong.

Terdapat satu sistem unik pada model ini iaitu sistem pengesan saiz tempat letak kereta di kiri atau kanan sama ada bersesuaian dengan saiz DS4. Ini dapat menjimatkan masa pemandu meletakkan kenderaan.

Selain itu, bagi mereka yang menggemarkan kualiti pencahayaan dalam kabin ketika memandu, model ini membolehkan pemandu melaras warna dan kadar keterangan cahaya pada paparan meter kelajuan.

Secara keseluruhannya, DS4 menawarkan sedikit kelainan berbanding kereta segmen B hatcback yang terdapat di pasaran dan buat masa ini jika anda yang terawal memilikinya pasti anda menjadi tumpuan ramai.