QAF Auto Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal BMW di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Xpo BMW yang berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober yang lalu.
Dalam ekspo tersebut, QAF Auto melancarkan model terbaru BMW iaitu BMW X4, 4 Series dan 2 Series sebagai model yang julung kali diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam.
Orang ramai yang berkunjung ke ekspo berkenaan dapat menyaksikan lebih dekat model-model terbaru dari jenama BMW termasuk keluaran terbaru model BMW X3 versi Facelift.
Selain itu, pelbagai promosi tawaran turut dijalankan bagi pembeli kereta baru BMW dan juga jualan barangan gaya hidup BMW dan aksesori. Pengunjung juga akan diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta-kereta tersebut bagi model-model BMW lainnya.
Apa yang menarik perhatian pada ekspo tersebut ialah pengenalan BMW X4, merupakan penambahan terbaharu dalam keluarga BMW X Series dan ianya sebagai keluaran model terbaru di pasaran Brunei. BMW X4 pertama adalah berdasarkan kepada pelan tindakan teknikal BMW X3 tetapi lebih sportif dan dinamik dalam peringkat yang lebih tinggi.
Pelancaran pertama BMW X4 itu keluaran jerman sebagai sebuah kenderaan yang dinamakan Sports Activity Coupe (SAC). X4 menggabungkan setiap ciri yang ada pada keluara siri X memadankan dalam sebuah reka bentuk crossover yang kompak sekaligus mencipta sebuah kenderaan yang elegan dan bergaya.
BMW 2 Series Coupe yang dipamerkan di Bilik Pameran QAF Auto telah berjaya menaikkan taraf kepada lebih baik dalam segment premium compact dari segi keupayaan, estetik dan tarikan emosi. Selain itu, reka bentuk menarik dan prestasi tinggi membuatkan ianya sebagai sebuah kereta popular secara antarabangsa.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Xpo BMW.