Baru-baru ini penulis Mantuka.com dijemput oleh Syarikat T.C.Y Motors Sendirian Berhad untuk membuat uji pandu khas model kereta jenama terkemuka di Negara Brunei Darussalam Peugeot.
Pelbagai model Peugeot telah dipasarkan di Negara ini dan juga mendapat pandangan yang sangat baik dari pelanggannya yang memiliki sebuah Peugeot. Model-model Peugeot seperti 107, 308, 3008, 408, Tepee dan RCZ adalah beberapa model kebanggaan Peugeot yang di buat dari Perancis tidak asing lagi dengan kualiti-kualiti kereta mereka yang berkualiti tinggi dan reka bentuk menawan.
Pihak Mantuka.com kali ini dipelawa untuk membuat uji pandu model Peugeot 508 Premium iaitu sebuah kereta premium dalam segmen D. Peugeot 508 adalah sebagai alternatif kepada pengguna yang menginginkan kereta jenis premium. 508 merupakan kereta keluarga mewah yang dilengkapi dengan kelebihan yang banyak dari segi keselesaan pemandu.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah reka bentuknya. Di bahagian depan, 508 agak berlainan dari kereta-kereta lain, Peugeot memegang falsafah reka bentuk yang tidak lari dengan simbol Peugeot iaitu menampilan jeriji depan dan desain lampu bi-xenon yang masih dianggap elegan.
Bercakap mengenai lampu belakang, Peugeot 508 memberikan pandangan visual unik melalui lampu LED tiga baris, terutamanya apabila dilihat pada waktu malam.
Bercakap mengenai lampu belakang, Peugeot 508 memberikan pandangan visual unik melalui lampu LED tiga baris, terutamanya apabila dilihat pada waktu malam.
Sebaik saja penulis memasuki ruang dalam 508, tempat duduk dibahagian pemandu, penulis merasakan sangat selesa dimana kerusinya dibuat menggunakan kulit leather berkualiti. Ruang kabin begitu besar, luas memberi pergerakan badan secara bebas.
Keunikan Peugeot 508 tergantung dari teknologi terkini yang dimiliki oleh jenama Perancis ini sama sekali hampir sama dengan kereta-kereta kelas tinggi. Pengalaman ini dirasakan apabila dengan hanya menekan punat start/stop tanpa menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta, tambahan lagi, sebaik saja enjin hidup, Head-up Display (HUP) dengan secara automatik keluar dari papan pemuka pemandu yang memberikan maklumat odometer dan juga indikasi status kelajuan.
Seperti yang diketahui Peugeot menumpukan kepada keselesaan pemandunya untuk memberi pemandu atau penumpang bebas dari tekanan, salah satu bukti yang diketahui dari bunyi enjin yang kurang bising.
Seperti yang diketahui Peugeot menumpukan kepada keselesaan pemandunya untuk memberi pemandu atau penumpang bebas dari tekanan, salah satu bukti yang diketahui dari bunyi enjin yang kurang bising.
Semasa menjalankan kereta ini, penulis merasa keselesaan dan kestabilan memandu. Kelajuan anda nampak dari HUD secara digital. Satu ciri kereta ini yang disukai oleh penulis Mantuka ialah fungsi Cruise Control dimana anda boleh meletakkan had kelajuan yang sama sepanjang perjalanan anda tanpa menekan minyak. Fungsi ini sangat baik bagi perjalanan jauh jika dalam keadaan penat memandu.
Pengalaman memandu, walaupun kereta ini mempunyai enjin yang kecil tetapi ianya cukup berkuasa. Kereta ini menggunakan enjin Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan Direct Petrol Injection, 4 inline silinder, DOHC 16 Valve, Variable Valve Timing (VVT). Peugeot 508 1.6L ini mampu memberikan kuasa setinggi 156bhp pada 6,000rpm dan tork setinggi 240Nm pada 1,400rpm. Ianya dilengkapi dengan transmisi automatik 6 kelajuan dengan paddle shift, Tiptronic dan mod Sport.
Apabila penulis mencuba untuk memecut pada tahap kelajuan maksima, penulis mula kerasahan enjin bekerja sedikit keras untuk memberikan yang terbaik dan mendapatkan kelajuan 170 km/j menggunakan transmisi mod Sport. Pecutan dari 0-100km/j, penulis mampu mencapainya dalam 9 saat sahaja.
Kereta ini sangat mudah untuk dijalankan di kawasan bandar dengan jarak penglihatan yang baik. Stereng, shift gear dan kesemua kontrol adalah baik dan terasa ringan. Di perjalanan lebuh raya, kereta ini juga mempunyai prestasi yang bagus dengan kombinasi enjinnya. Adakala suspensionnya terasa teguh tetapi ianya masih terasa selesa semasa dipandu.

Brek Peugeot 508 mempunyai kuasa yang baik semasa berhenti dan apabila tidak bergerak. Pedalnya diuji sangat baik untuk kemudahan membuat perhentian dengan lancar. Kereta ini sangat teguh dan sangat stabil dan responsif dalam apa jua permukaan jalan mahupun membuat selekoh.
Peugeot 508 mempunyai satu ciri yang membolehkan kereta ini untuk meletakkan kereta secara automatik khas buat letak kereta melintang. Tetapi oleh sebab penulis masih belum memahami bagaimana cara mengaktifkan sistem berkenaan.
Penulis juga mengambil kesempatan itu untuk menggunakan kereta Peugeot 508 untuk menghantar adik beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan mencuba keluasan ruang kabin kereta tersebut. Pada awalnya penulis keliru dengan cara membuka ruang bonet kereta. Punat pembuka bonet belakang tersembunyi diantara nombor kosong (0) yang ada pada logo model "508" itu. Setelah memasuki beberapa bagasi besar menjelaskan bahawa ianya boleh memuatkan satu luggage besar dan kotak panjang yang sederhana besarnya, dan kereta ini masih mempunyai ruang untuk barangan kecil.
Tempat duduk penumpang di belakang cukup luas dan masih mempunyai ruang untuk pergerakan kaki dan ruang kepala. Ruang simpanan dekat pintu boleh muat satu botol air besar. Bagi penumpang yang duduk di belakang bahagian tengah tidak akan mempunyai masalah ruang kaki, dan penumpang ini akan mendapat pandangan yang luas serta dashboard yang bergaya itu.
Peugeot 508 telah menerima beberapa anugerah yang mengiktiraf kualiti dan rekaannya di Eropah, antaranya anugerah Best New Car of 2011 dari majalah Fleet World di United Kingdom, selain 2010 Auto Trophy di Jerman apabila ia mengungguli anugerah dalam kategori kereta import di kalangan 18 model lain.
Pasaran kereta Eropah di Brunei kini telah berkembang dengan pesat tahun ini kerana pelanggan kini lebih arif dalam membuat pilihan. Tambahan lagi, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik, bergaya dan dinamik, seperti mana cuba ditonjolkan melalui model baharu 508 yang bersifat moden dengan rekaan yang jauh ke hadapan.
Di antara pelbagai ciri mewah di dalamnya termasuklah unit head-up display (HUD), penyaman udara empat arah, penghidup enjin push-start, brek parking elektrik automatik, kusyen berkuasa elektrik untuk pemandu dan penumpang, knob kawalan intuitif di konsol tengah yang mengoperasikan skrin berwarna multi-fungsi 7 inchi HD, penyambungan USB dan Bluetooth.
Peugeot 508 baharu juga dilengkapi stereng multi-fungsi sporty lagi elegan dengan adanya butang kawalan suara dan radio, penyambungan Bluetooth dan fungsi ‘Cruise Control’. Menambahbaik suasana interior dalaman ialah penggunaan sistem hi-fi 10 pembesar suara dari JBL dengan penguat suara (amplifier) keliling 500W bersama pemproses audio Arkamys.

Dari monitor buta tempat ('blind spot'), kamera letak kereta di belakang dan Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan perkhidmatan Bantuan, dan banyak lagi. Peugeot 508 saloon adalah kenderaan yang sangat selamat, dengan tambahan pilihan untuk menjadikannya lebih-lebih lagi.
Program Kestabilan Elektronik (ESP) dapat mengesan tanda-tanda awal tergelincir dan membantu mengurangkan lebih-kemudi ('over-steer'). Ia menyimpan kereta pada kursus dengan mengurangkan kuasa enjin dan brek roda individu. Untuk membuat anda lebih selamat yang mungkin, 508 saloon baru mempunyai enam beg udara sebagai standard - dua di hadapan, dua di sebelah pemandu dan penumpang, dan dua di sepanjang sisi kereta.
Kereta ini juga menawarkan keselamatan ISOFIX khas buat tempat duduk universal kanak-kanak yang menggunakan tali pinggang keledar dewasa.

Walaupun di dalam ruang bandar yang ketat, meletakkan 508 saloon baru ini sangat mudah dengan kamera undur. Ia dicetuskan secara automatik apabila anda beralih ke belakang, dan imej apa yang di belakang anda akan dipaparkan pada skrin, ianya akan membantu anda untuk meletakkan kereta dengan selamat dalam apa jua keadaan.
Dengan sensor tempat yang tidak kelihatan ('blind spot'), Peugeot 508 saloon ini akan memberi lebih banyak amaran jika terdapat sesuatu dengan cara anda apabila anda bergerak.
Jika anda memerlukan sebuah kereta dari segmen D, Peugeot 508 ini adalah calon terbaru yang perlu dipertimbangkan. Lihat dahulu model ini di depan mata dan pandu sendiri. Paling tidak, ia pasti melangkaui jangkaan anda dari pelbagai sudut.
Peugeot Brunei menawarkan dua varian Peugeot 508 iaitu Premium dan Allure. Allure mempunyai dalaman dan spec standard serta rim 17 inci manakala Premium datang dengan spec yang lebih canggih serta rim 18 inci. Anda juga boleh memilih antara Peugeot 508 saloon ataupun wagon. Warna-warna yang ditawarkan terdiri dari Aluminium Grey, Thorium Grey, Haria Grey, Nera Black, Guaranja Brown, Siwa Beige, Iseo Blue, Bourrasque Blue, Banquise White, dan Pearlescent White.
Klik disini untuk gambar-gambar Uji Pandu Peugeot 508.