Gambar courtesy dari Autoblog |
NEW YORK, 12 Nov (AFP) – Gneral Motors menempah suis pencucuhan baru beberapa bulan sebelum ia menarik balik kereta dengan bahagian rosak yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 32 kematian.
Pengeluar kereta terbesar di Amerika Syarikat itu menempatkan tempahan “penting” untuk setengah juta suis pencucuhan baru pada 18 Disember untuk mengganti suis rosak, sehari selepas bertemu dengan eksekutif kanan. The Wall Street Journal berkata pada Ahad, memetik e-mel di antara GM dan pembekalnya Delphi Automotive.
Gambar dan caption courtesy dari The New York Times: Rodney O'Neal (kiri), Ketua Eksekutif Delphi Automotive, dan Mary Barra (kanan), Ketua G.M., selepas sidang Dewan Negara pada Julai lalu - Brendan Smialowsku/Agence France-Presse - Getty Images |
“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk pengeluar kereta, sebelum penarikan balik, untuk memeriksa alat ganti yang ada dan menempah alat ganti berkenaan,” lapor Journal.
“Namun, tempahan alat ganti utama akan digunakan oleh peguam yang mewakili beribu-ribu orang dalam tindakan guaman ke atas GM, yang mendakwa pengeluar kereta berlengah-lengah dalam menghubungi orang awam mengenai masalah untuk tempoh seberapa lama mungkin.”