Nissan merancang untuk membuka pusat pembuatan kenderaan elektriknya di Thailand - Reuters |
Berita dan gambar courtesy dari Media Permata
BANGKOK, 26 Okt (Reuters) – Pembuat kenderaan gergasi Jepun, Nissan baru-baru ini telah mengumumkan minatnya untuk menghasilkan kenderaan elektrik di Thailand, menurut Menteri Industri Thailand, Chakramon Phasukavanich.
Presiden Nissan Hiroyuki Yoshimoto mengadakan pertemuan dengan Chakramon Phasukavanich bagi membincangkan sebarang kemungkinan mengenai rancagan itu, Agensi Berita Thai (TNA) melaporkan.
Menurut Menteri Industri Thailand, Yoshimito berkata Nissan adalah merupakan pembuat kenderaan elektrik terbesar di Jepun.
Dia menambah bahawa presiden Nissan maklum mengenai insentif negara Thailand bagi pelaburan sektor pembuatan kenderaan tetapi Nissan masih menunggu bateri kenderaan elektrik mencapai tahap efisien dan harga yang berpatutan sebelum memulakan operasi.
Chakramon berkata Yoshimoto meramalkan pelaburan itu mungkin akan mengambil masa paling kurang sepuluh tahun. Kenderaan Elektrik dijual dengan harga 1 juta baht di Jepun dan harga bateri kenderaan berkenaan bernilai separuh dari harga jualan.
Chakramon berkata Nissan mempertimbangkan Thailand kerana kepentingan lokasi negara itu dalam sektor automatif. Thailand merupakan pangkalan operasi luar pertama bagi Nissan dan telah bertapak lebih 60 tahun.
Nissan juga bercadang untuk memperluaskan penghasilan kenderaan mesra alamnya ke Thailand, TNA melaporkan. Chakramon berkata penjualan automotif di Thailand dijangka meningkat pada tahun depan ketika ekonomi negara berkenaan naik 3.5 hingga 4 peratus berikutan pemulihan ekonomi global dan harga pasaran produk tani semakin pulih.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari Automotive Focus Group.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari Automotive Focus Group.