Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, November 22, 2014

Perjalanan Jauh Menggunakan Volkswagen Vento

Setelah beberapa bulan, kita semua sedar dan boleh melihat angka kereta Volkswagen yang ada di jalanan Brunei Darussalam telah meningkat kebelakangan ini. Apa yang sudah pasti Vento mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi dan dipercayai.

Penulis diberi kesempatan untuk membuat uji pandu Volkswagen iaitu Vento 1.6L untuk menguji kekuasaannya dan praktikaliti semasa perjalanan jauh.

Bagi mereka yang memandu ke tempat kerja, perjalanan jarak jauh dari sehari ke sehari adalah masa yang sering tegang dari kesesakan lalu lintas, memandu tidak menentu dan membahayakan, kelewatan, penutupan jalan, dan pembinaan.

Sebelum kita membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta yang tertentu, kita cenderung untuk mengambil kira kos kereta dan kemampuannya, kebanyakan orang hanya berfikir kira-kira berapa banyak mereka harus membayar bagi penggunaan minyak. Pemandu juga harus membayar untuk membeli dan menjaga kereta, termasuk menyelenggara, penukaran tayar, pembaikan dan juga untuk insuran.

Walaupun mencabar untuk dihitung, beberapa kesan lain turut menjadi isu termasuk pencemaran udara, kesesakan lalu lintas, dan penjagaan kesihatan.

Volkswagen Vento menggunakan bahan api yang sangat rendah sebanyak 6.9 L per 100 km dikuasakan oleh enjin 1.6 liter injap dengan tork yang kuat. Ianya adalah satu-satunya kereta dalam kelasnya dengan 6-kelajuan Tiptronic gear automatik, fungsi override secara manual dan tombol gearshift yang dilapis dengan kulit leather.


Salah satu ciri-ciri yang penting bagi penulis ialah sambungan USB yang mana setiap pemandu atau penumpang Vento boleh menggunakannya untuk mengecas telefon bimbit, powerbank, memainkan lagu dan lain-lain lagi disepanjang perjalanan jauh. Ada juga sambungan AUX-IN untuk kemudahan memainkan lagu dari pemain multimedia seperti iPod dan MP3 Player dimana penulis boleh menikmati lagu-lagu kegemaran dengan penuh kemudahan sambil mengecas telefon bimbit.




Beberapa lokasi dengan jarak yang jauh telah dilalui oleh penulis ketika memandu kereta itu termasuk perjalanan ke Universiti Brunei Darussalam, Kampung Masin, dan Muara. Di antara lokasi berhampiran adalah berada di sekitar kawasan Bandar.

Di seluruh memandu itu, penulis merasakan bahawa kereta itu mempunyai kecekapan bahan api yang bagus. Tahukah anda betapa kita hanya memberi sedikit usaha yang diperlukan untuk melakukan sesuatu yang baik dan yang dapat membantu semua untuk menjimatkan bahan api? Setentunya ada caranya!

Penulis ingin mengongsikan sedikit pengetahuan kepada semua pembaca Mantuka.com bagaimana kita boleh menjimatkan bahan api apabila menggunakan sebuah kereta terutama Volkswagen Vento. Ambil yang mudah sambil menjimat dengan Volkswagen Vento.



TIP #1: Memandu Secara Teknik Moden dan Berfikir Jauh ke Hadapan

Jika anda menggunakan pengurangan bahan api, anda akan boleh menyimpan lebih banyak wang di dalam penyimpanan anda, selain itu anda juga mampu menjaga alam sekitar.

Menekan minyak, bertukar laluan, kerap berhenti dan menekan minyak secara agresif adalah beberapa punca dari penggunaan bahan api yang berlebihan.

Tidak seperti pemanduan secara ramalan, jika anda memandu secara tenang dan licin, mengurangkan penggunaan brek, pemanduan secara pelayaran dan menggunakan momentum, anda pasti akan mengurangkan penggunaan bahan api dan perjalanan anda lebih selamat dan selesa.

Secara kebetulan, gaya memandu yang moden ini dapat membantu untuk mencegah tailbacks. 

Adakah anda tahu bahawa ‘Teknologi Blue Motion’ yang terdapat didalam model Volkswagen menyalurkan emisi yang rendah kepada kenderaan dan juga mengurangkan penggunaan bahan api? ;)

TIP #2: Pandu Dalam Gear Paling Tinggi

Memandu dengan REV yang rendah tidak baik untuk enjin? Kepercayaan yang sering kita dengar oleh pengguna bermotor, seperti adanya enjin keluaran Volkswagen, enjin TDI dan TSI suka berjalan dalam gear ketiga pada 30 km/j - ianya menyalurkan kuasa tarikan yang menakjubkan serendah 2,000 rpm.

Apa yang boleh dibuat lagi oleh pemandu transmisi manual? 

Semasa memulakan perjalanan, bertukar kepada gear kedua setelah kenderaan mula bergerak. Dan melangkau satu gear semasa perubahan jika kondisi trafik mengizinkan. Jika boleh sentiasa memilih gear tertinggi semasa memandu di dalam lalu lintas, jika diamalkan ini akan mengurangkan pencemaran bunyi dan pengurangan penggunaan bahan api.

Bagi pemandu transmisi automatic?

Hindari penekanan minyak berlebihan atau secara agresif, tekan atau melepaskan pedal minyak secara perlahan. Dengan penekanan secara perlahan transmisi automatic akan mengubah gear seterusnya dan sekaligus mengurangkan penggunaan minyak.

Seperti adanya teknologi transmisi automatic DSG dari Volkswagen, kesemua ini boleh dilakukan secara automatic yang boleh mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus.

TIP #3: Biarkan Kenderaan Anda Berjalan

Adakah anda tahu bagaimana mencapai 0.01/100km semasa dalam perjalanan? 

Anda tidak akan menggunakan setitik minyak pun semasa perjalanan lereng bukit atau menghampiri lampu trafik tanpa menekan pedal minyak dan tanpa menekan kopling.



TIP #4: Gunakan Peralatan Bantu Secara Sederhana

Sistem penyaman udara, sebagai contoh, menggunakan bahan bakar - dan dalam ukuran kecil. Dalam usaha untuk mengurangkan dan mengekalkan suhu dalaman pada kemuncak musim panas, sistem pendingin udara menggunakan sehingga 2 litre / 100 km pada kelajuan yang rendah! Namun anda juga boleh mengurangkan suhu (dan penggunaan bahan api) dengan mengeluarkan angin didalam kenderaan sebelum perjalanan anda dan memandu dengan tingkap terbuka untuk masa yang singkat bagi mengeluarkan haba panas didalam kereta.

Untuk pengetahuan anda, pemanas kerusi dan pemanas tingkap belakang juga menggunakan bahan api. Oleh itu mematikan pemanasan sebaik sahaja belakang tetingkap jelas dan kerusi mula hangat.

Jadi sepanjang perjalanan, memeriksa dan menyemak semula peralatan yang anda sedang menggunakan - dan sama ada anda benar-benar memerlukannya.

Dompet anda akan berterima kasih!

TIP #5: Pastikan Pressure Angin Tayar Anda 

Mula menjimat bahan api walaupun sebelum berjalan – dengan mudah anda memeriksa pressure tayar, rintangan putaran tayar dapat menelan sehingga 15 peratus pengambilan bahan api secara keseluruhan. Jika anda telah mengisi angin tayar dengan pressure angin yang di syorkan, rintangan putaran tayar akan lebih rendah dan merendah penggunaan konsumsi bahan api.

Jika membeli tayar, sebaiknya anda memilih yang paling kurang memberi rintangan putaran, ini akan menjimat tambahan kepada 3 peratus minyak dan lebih senyap. Pembeli kereta baru tidak perlu bimbang yang mana seperti jenama Volkswagen mempunyai tayar standard dengan rintangan putaran yang minima.

TIP #6: Hindarkan Perjalanan Pendek

Adakah anda tahu bahawa enjin yang sejuk menggunakan bahan api yang banyak? Ini bermakna jika anda sentiasa berjalan dalam perjalanan yang pendek, penggunaan bahan api anda akan melambung setinggi 301/100km.

Walaubagaimanapun, jika anda boleh membuat semua kerja dalam satu perjalanan, anda akan menjimat. Dalam kes ini, enjin kereta anda akan mencapai suhu yang disyorkan untuk beroperasi dan menkonsumsi sedikit bahan api sahaja.

Menurut kajian, meninggalkan enjin kereta hidup untuk memanaskannya tidak akan mengurangkan konsumsi bahkan ianya akan menambah penggunaan, secara teknikal ianya tidak perlu jadi fikir dua kali sebelum membuat perjalanan dan berjimat.



TIP #7: Gunakan Minyak Mempunyai Kelikatan Rendah

Lebih awal menukar pelumas enjin, lebih awal mengeluarkan emisi yang kurang. Ini sangat penting bagi menghidupkan engine dari sejuk dan perjalanan dekat. Minyak enjin yang baik mesti membuat kerja yang baik iaitu mengedar secara cepat.

Minyak dengan kelikat rendah mampu mengurangkan konsumsi minyak kepada 5 peratus berbanding dengan minyak konvensional. Ini bermakna harga yang lebih mahal akan memberikan minyak terbaik kepada enjin untuk membuat pengedaran enjin. Hampir kesemua pabrik Volkswagen diedarkan dengan minyak kelikat rendah.

TIP #8: Mengelekkan Berat yang Tidak Diperlukan

Setiap kilo bagasi anda akan mengeluarkan kos bahan api, barang yang seberat 100 kilogram boleh menambah penggunaan minyak sehingga 0.31/100km. jadi periksa barangan yang ada didalam bagasi anda. Zaman sekarang yang mana lebih banyak rangkaian stesyen minyak, anda tidak perlu lagi membawa canister minyak didalam kereta.

Manakala, peralatan sukan seperti alat golf tidak perlu dibawa pada setiap-tiap masa.

TIP #9: Kurangkan Seretan Aerodinamik

Kereta berbentuk badan aerodinamik adalah kunci utama kepada pengurangan penggunaan minyak, terutama semasa perjalanan pada kelajuan tinggi. Seperti model kereta Volkswagen direka bentuk khas bagi mengurangkan pendedahan permukaan dari angin. 

33 peratus peningkatan seret aerodinamik akan menambah konsumsi bahan api kepada 21/100km pada 160 km/h.