Syarikat Maju Motors semalam mengumumkan keluaran Siri R iaitu ‘Golf R’
dan ‘Scirocco R’ terbaru dari Volkswagen yang mula dipamerkan di bilik pameran
Maju Motors, Jalan Telanai.
Keluaran Golf R terbaru yang juga dikenali sebagai MK7
ini mampu dikawal dengan mudah, apatah lagi sistem kawalan pemanduannya banyak
dibantu oleh gajet elektronik terkini yang dipadankan dalam kereta ini.
Tambahan lagi, penulis yang pernah membuat uji pandu kereta tersebut adalah
pilihan yang sesuai untuk pemilik yang mempunyai perasaan yang sama dengan
penulis Mantuka.com sebab kereta ini di inspirasi daripada jentera lumba dan
memberikan ledakan adrenalin tulen sebuah kereta.
Jika melihat generasi model Golf
R terbaru ini, ianya tidak banyak perbezaan dengan model Golf GTI sebelumnya
tetapi MK7 ini menggunakan kejayaan dari MK6 termasuk bentuk badan yang lebih
lebar dan sportif, kereta ini juga tidak kurang dengan prestasi pecutannya
dijana oleh enjin petrol serba baharu dengan kapasiti 1,984cc turbocaj TSI, 4-silinder
dan 16-injap yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 280 kuasa kuda pada
6,200rpm menjadikan sebuah enjin empat silinder yang kuat.
Cuaca sangat baik, sesuai untuk mengerah tenaga kereta ini di jalan raya kawasan Changi yang juga tidak begitu sempit untuk membuat uji pandu tersebut. Janaan kuasa Golf terbaharu ini mampu memberi kepuasan penulis dengan hanya menekan sedikit minyak menyalurkan kuasa kuda yang begitu kuat.
Ini kerana MK7 digabungkan dengan transmisi DSG enam kelajuan dan kuasa itu disampaikan ke semua empat tayar melalui sistem pacuan semua roda 4MOTION baharu. Sistem ini menyalurkan kuasa kepada keempat-empat tayar sehingga ke tahap maksima.
Walaupun tidak berpeluang untuk menguji sepenuhnya kuasa dan kemampuan Golf R diatas kesuntukan masa, kami sebagai penulis berasa kagum dengan kuasa yang disalurkan oleh model terbaharu dari Volkswagen ini yang menyalurkan kuasa dengan lebih ketara berbanding yang terdahulu.

Golf R ini mampu memberi pilihan
profil tersendiri, ini bermakna sebanyak lima pilihan program boleh dipilih
oleh pemandu mengikut keperluan masing-masing. Program 'Dynamic Chassis
Control' ini termasuk 'Comfort' bagi pemanduan selesa, ‘Eco’ bagi ekonomi,
‘Normal’ untuk pemanduan biasa, ‘Individual’ bagi pemandu secara profil
individu dan yang istimewa ialah ‘Race’ bagi pemanduan adrenalin.
Dalam setiap
pilihan ini, tekanan penyerap hentak dan tindak balas enjin akan dilaras. Pilihan ‘Race’ bukan sahaja
menukar bunyi enjin dan exhos kereta tersebut bahkan memberi kuasa secara
maksimum mengikut enjin yang sudah ditala (tuned) oleh pengeluar
Volkswagen.
Model Golf R kali ini turut dimuatkan dengan pilihan Mode ‘Launch
Control’, jika yang berminat dengan perlumbaan, pilihan Launch Control inilah
kunci utama bagi melancarkan kereta tersebut secara agresif.
Volkswagen juga melengkapkan
sistem Advanced Electronic Differential Lock (XDS) generasi terbaharu pada Golf
R ini. Ia adalah satu sistem yang akan memberikan kuasa brek tertentu terhadap
mana-mana tayar bagi memastikan kenderaan boleh memecut laju di selekoh tanpa
kehilangan cengkaman.
Keluaran Volkswagen Golf R ala
kereta lumba ini sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan kita memikirkan bahawa
dengan prestasi tinggi penggunaan bahan api pun bertambah, model keluaran
generasi ketujuh ini tidak sama seperti model sebelumnya, ianya disifatkan
memberikan penjimatan penggunaan bahan api antara 8.5 hingga 7.1 liter bagi
setiap 100 kilometer bersamaan dengan 15 peratus penjimatan berbanding model
terdahulu.
Penjimatan itu turut dibantu dari peralatan teknologi seperti sistem kunci pintar start/stop dan penjanaan semula kuasa bateri dengan transmisi dual clutch gearbox (DSG) 6-kelajuan yang berkemampuan memberikan penjimatan bahan api sehingga 6.9 liter setiap 100 kilometer (159 gram/kilometer karbon dioksida).
Antara ciri keselamatan Volkswagen Golf R MK7 ini ialah beg udara berkembar di hadapan, sisi, kaki dan cermin, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Break Anti-Kunci (ABS) dengan pembantu brek, Anti-Slip Regulator (ASR), Elektronic Differential Lock (EDL) dan Engine Drag Torque Control (EDTC).

Bagi
penulis Mantuka.com, kereta ini setentunya pilihan tepat bagi pemilik yang
ingin keseronokan memandu terutama sukan lumba. Golf R yang dilengkapi dengan
bampar yang mendapat rekaan baharu, rim aloy 18 inci (dengan tayar 225/40),
penambahan lampu utama depan bi-xenon bersama rekaan baharu lampu siang LED,
lampu belakang LED dan sistem ekzos dua saluran dengan corong krom sudah cukup
membuat orang ramai terpersona dengan imej kereta itu.
Harga Jangkaan: $6X,XXX keatas.
Harga Jangkaan: $6X,XXX keatas.