Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 14, 2014

Awang Zuriami Pemenang Utama Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000

Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000 selama 5 hari 4 malam ke Kuching, Sarawak dari 4 hingga 8 Disember 2014 telah sampai ke penghujungnya dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemilik Nissan Almera yang telah berlangsung semalam di Bilik Pameran Nissan, Beribi, Gadong.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Awang Lim Jin Lee dan kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Jualan, Awang Tan Teck Hock kepada pemenang utama, di hadapan wartawan media dan juga pelanggan Nissan yang hadir.

Majlis ini telah menyaksikan Awang Zuriami bin Zulkifli terpilih sebagai peserta cabaran terbaik yang mencapai penggunaan bahan api 18.37 km per liter sekali gus mengalahkan sembilan peserta lain. Beliau telah memenangi hadiah utama berupa wang tunai sebanyak B$2,000.00.

Dalam cabaran itu, seramai 10 orang pemilik Nissan Almera telah membuat pemanduan eko antara 80 dan 110 km sejam dengan melalui beberapa jalan luar bandar yang berliku termasuk memotong dan melalui halangan bukit. Purata bagi kesemua 10 kereta adalah 16.34km/liter, yang mana ianya adalah lebih dari yang dipetik iaitu 14.9km/liter.

Majlis yang sama turut dimuatkan dengan pengumuman pemenang Nissan Facebook/Nissan Instagram di mana Dayang Masita binti Haji Yakub terpilih sebagai pemenangnya yang mendapat ‘49 likes’ dan menerima hadiah RM$150.00.

Ikuti Nissan Brunei di Facebook untuk gambar-gambar penyampaian hadiah Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000.

Klik disini untuk versi Inggeris.