Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 28, 2014

BMW Model X Laris

Sejak BMW melancarkan beberapa model semasa Xpo BMW pada bulan Oktober lalu, QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal BMW di Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan dari QAF Auto Sdn Bhd, penjualan BMW X3 xLine dan BMW X4 xDrive28i mendapat respon yang sangat baik dan telah berjaya menjual beberapa unit semasa Xpo itu juga. Sejak penjualan model X makin meningkat, jadi Syarikat berkenaan bercadang untuk memperkenalkan barisan terbaru BMW X3 dan BMW X4 dengan enjin petrol 2.0 untuk pasaran ini, kata Ketua Operasi QAF Auto, Pengiran Shahrulzaman.

BMW X3 terbaru adalah sebuah kereta Sport Activity Vehicle (SAV) lebih berkuasa dan pengubahsuaian lampu depan LED berbentuk bulat seperti cincin, gril anggun melambangkan kemewahan, rupa bentuk berbeza dari segi bumper depan dan belakang, dan desain dalaman yang lebih bergaya mengikut kemahuan pelanggan.

X3 dengan teknologi BMW Twin Power Turbo memastikan prestasi terbarik digabungkan dengan penggunaan minyak yang jimat mengikut standard gas ekhos EU6.
 
Manakala, keunikan X4 memperkenalkan konsep Sport Activity Coupe (SAC) kepada segmen premium saiz sederhana degan kekuatan enjin berprestasi tinggi.
 
BMW X4 adalah sebagai rekabentuk blueprint dari BMW X3, tetapi X4 direka dengan lebih dinamik kepada perigkat lebih tinggi.
 
Ukuran X4 xDrive28i yang agak besar dengan panjang 4,671 milimeter (mm), lebar 1,881mm dan tinggi 1,624mm agak besar bagi pemanduan dilaluan sempit, tetapi X4 mempunyai pelbagai kemudahan dengan muatan yang besar dan fungsi-fungsi kemudahan pemandu terdapat didalam kereta ini. Tambahan lagi, seperti ‘sensor monitor keliling’ memberikan gambaran sekeliling kereta di skrin 8.8 inci memberi keyakinan kepada pemandu.
 
Selain itu bonet di belakang boleh dibuka dengan menghalakan kaki di bawah bampar. Penulis merasakan ciri-ciri ini sangat membantu ketika penulis membawa barang untuk diletakkan diruang simpanan tanpa perlu menekan butang atau mengeluarkan kunci. Penulis difahamkan ruang simpanan barang itu berkapasiti 500 liter dan boleh mencecah 1,400 liter jika dua tempat duduk belakang direbahkan.
 
BMW X4 xDrive28i itu menggunakan enjin Twin Power Turbo 2.0 liter dengan transmisi lapan kelajuan automatik, gabungan itu menghasilkan kuasa maksimum 245hp dan tork maksimum 350Nm.
 
Selain itu, kereta ini terdapat empat fungsi pilihan pemanduan yang ditawarkan seperti Eco Pro, Comfort, Sport dan Sport+. Pemandu boleh memilih untuk memandu mengikut mod yang sesuai dengan pemanduan mereka.
 
BMW X3 xDrive20i dijual dengan anggaran harga B$79,900 dan BMW X4 xDrive20i baharu bermula dengan harga B$89,900. Untuk keterangan lanjut mengenai model berkenaan, orang ramai boleh menghubungi 2453377 sambungan 604/605.