Bersempena dengan kedatangan perlawanan separuh akhir Australia Terbuka 2015, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar kenderaan KIA di Burnei Darussalam menjalankan cabutan akhir ‘Kia Lucky Drive to Australia’ pagi tadi yang berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.
Cabutan adalah dari promosi yang telah dijalankan dari 1hb September hingga 30hb November 2014.
Hampir 650 pelanggan telah membeli kereta Kia yang membuat mereka layak dalam promosi tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 10 peserta telah di senaraikan semasa cabutan awal pada 3hb disember lalu untuk layak ke pusingan cabutan akhir.
Dari 10 peserta tersebut, Maslinda binti Baha telah memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang ke Australia bagi menyaksikan perlawanan Tennis separuh akhir Australia Terbuka.
Pemenang lainnya iaitu Budiman bin Ambai, Mohd Ridaudin bin Ahmad Obaidah, Irwan bin Baha, Sri Sentosa Sendirian Berhad, Mohamad bin Haji Icabon, Salihin bin Salleh, Habeeba Begum Abd, Norzalinawati binti Haji Zainal, Mohd Faiz bin Moh Ramli masing-masing memenangi hadiah berupa barangan elektronik Apple dan Basikal Kia Soul.
Turut hadir menyaksikan cabutan itu ialah Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho, Pengarah Eksekutif Grand Motors, Haji Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad, Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali Bin B M Haji Metusin, Pengurus Operasi BIBD AT-Tamwil Berhad, Haji Mohd Said Bin Haji Zania, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD At-Tamwil Berhad, Asharul Bin Norshari Kamaluddin.
Klik disini untuk kersi Inggeris.
Klik disini untuk kersi Inggeris.