Lebih 1,700 pelanggan telah membeli kereta Kia dari 1hb Mei 2014 hingga 31 Disember 2014 dan hanya 100 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi sempena Sambutan Ulang Tahun Grand Motors Sdn Bhd ke-30 tahun yang telah berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.
Salah seorang pelanggan Kia Motors yang terpilih dalam satu majlis cabutan utama akan memenangi hadiah berupa sebuah rumah baru akan diadakan pada 24 Januari 2015 di Hotel Orchid Garden.
Sehubungan itu, Kia Motors telah membuat cabutan awal untuk memilih 100 orang dari 1,700 pelanggannya yang telah membeli kereta jenama Kia.
Majlis cabutan awal dilakukan oleh wakil-wakil dari Pengurus Jualan Kanan Baiduri Finance Berhad, Haji Mahlil Bin Haji Mat Salleh; Pengurus Jualan Bahagian Jualan dan Pemasaran Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali Bin BM Haji Metusin; Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD AT-Tamwil Berhad, Lim Sei Chin; Penolong Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam BIBD AT-Tamwil, Asharul Bin Norshari Kamaluddin; Pengurus Besar Takaful Brunei AM, Barudin Haji Kudil dan Penolong Pengurus Besar Takaful Brunei AM, Awang Haji Mohd Hisham bin Haji Mohd Taib.
Promosi ini juga diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Grand Motors Sdn Bhd ke-30 tahun, yang mana sempena ulang tahun ini Syarikat berkenaan telah giat menjalankan kempen promosinya yang telah berakhir pada 31 Disember 2014.
Dalam kempen promosi tersebut pelanggan yang membeli kereta KIA akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa, termasuk hadiah terbesar iaitu kereta KIA dan seorang pemenang akan memenangi sebuah rumah baru.
Ini adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan berterusan. Ini adalah kali pertama Syarikat otomotif yang menawarkan sebuah rumah baru sebagai hadiah utama dalam promosi.
Selain hadiah utama, Grand Motors juga memberikan hadiah berupa sebuah kereta Kia F/L Optima 2.4L SX Automatic sebagai pemenang tempat kedua dan Kia Cerato 1.6L SX Automatic Sedan sebagai pemenang ketiga.
Hadiah-hadiah lain termasuk komputer riba 13inci Apple MacBook Air bagi tempat keempat, iPhone 5S bagi pemenang kelima, iPhone 5C bagi pemenang keenam dan iPad Mini untuk pemenang ketujuh.
Hadiah kelapan hingga ke-30 ialah berupa wang tunai $300.
Cabutan utama akan diadakan pada 24hb Januari 2015 (Sabtu) di Cesar Grand Hall, Tingkat 8, Orchid Garden Hotel dimana pendaftaran akan bermula pada 7.00 malam. Pelanggan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar (I.C) harus dibawa oleh wakil yang hadir.