Seramai 100 pelanggan dari 400 penyertaan yang telah membeli kereta Mazda dari 02 Jun hingga 31 Disember 2014 dan telah terpilih untuk memasuki cabutan utama ‘Purchase a Mazda to Win a Mazda’ bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Grand Motors Sdn Bhd yang ke-30 Tahun.
Pemilihan cabutan awal telah berlangsung baru-baru ini di Bilik Pameran Mazda, Beribi yang dilakukan oleh wakil dari BIBD At-Tamwil, Takaful Brunei Am dan Baiduri Finance.
Pelanggan yang terpilih merupakan pembeli kereta Mazda sepanjang promosi bermula iaitu dari 1 Jun hingga 31 Disember 2014.
Hadiah utama yang ditawarkan bagi promosi ini berupa sebuah kereta Mazda 3 1.5L (A) Sedan manakala pemenang kedua akan memenangi kereta Mazda 2 1.5L (A) Sedan dan hadiah wang tunai $5,000 pula akan menjadi milik pemenang ketiga.
Sepuluh pemenang juga akan menerima hadiah istimewa berupa tiket penerbangan pulang balik ke Bali untuk dua orang sementara hadiah sagu hati berupa Apple iPhone 5C 16G akan turut diberikan kepada 10 pemenang lain dan 40 pemenang lagi akan menerima hadiah ganjaran berupa baucar bernilai $300.
Cabutan utama akan diadakan pada 17hb Januari 2015 (Sabtu) di Bilik Pameran Mazda, Beribi dimana pendaftaran akan bermula pada 9.30 pagi. Pelanggan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar (I.C) harus dibawa oleh wakil yang hadir.