
Menurut kenyataan Polis, kesesakan itu
berpunca dari lima buah kemalangan kereta ditempat berasingan, dua buah kemalangan
terjadi di kawasan Lebuhraya Hassanal Bolkiah yang mana pemandu mengalami
cedera ringan dan tiga buah lagi kemalangan kereta terjadi di Jalan Berakas
menuju Jabatan Kerajaan di Lebuhraya Hassanal Bolkiah tetapi tidak ada
kecederaan dilaporkan.
Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan
kepada orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati dan mengikuti peraturan
lalulintas dan tidak mengikuti kereta terlalu dekat.