Tidak lama
lagi, Syarikat Grand Motors akan memperkenalkan keluaran Mazda 2 serba baru,
keluaran Model Mazda 2 akan diperkenalkan kepara orang ramai pada bulan Mac ini
nanti setelah di sahkan oleh ahli Syarikat berkenaan.
Mantuka.com
akan diberi peluang nanti untuk menyaksikan lebih dekat sebelum ianya diumumkan
rasmi dan akan memberi berita terkini mengenai spesifikasi kereta Mazda 2
terbaru.
Kereta
keluaran terbaru ini adalah sebagai peningkatan dari model sebelumnya yang
diubah suai dari segi bentuk, ruang dalam dan prestasinya. Mazda telah
mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada wartawan otomobil untuk
mengambil pengalaman tersendiri di Hokkaido, Jepun mengenai ciri-ciri yang
dilengkapi berlainan dari model-model sebelumnya.
Salah satu
tarikan utama keluaran terbaru adalah teknologi Skyactiv yang telah membawa
kepada banyak perubahan menakjubkan dari segi prestasi enjin dan penyempurnaan transmisi
kereta-kereta Mazda baru hasil keluaran teknologi Mazda Motor Corporation.
Mazda 2 baharu ini juga mempunyai lampu depan yang lebih ganas dilengkapi
dengan lampu LED.