Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, March 1, 2015

Uji Pandu Hyundai Sonata 2015

Setelah Syarikat Setia Motor Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kereta jenama Hyundai telah melancarkan Hyundai Sonata serba baru tahun lepas, banyak permintaan telah dicatat oleh peminat kereta elegan yang telah membawa Hyundai di tangga ketiga jualan tertinggi keseluruhan bagi bulan Januari hingga Disember tahun lepas di Negara Brunei Darussalam.

Sonata versi 2015 yang dibuat dari Korea bukan sahaja mempunyai bentuk badan yang futuristic berlainan dari model sebelumnya, bahkan mempunyai peralatan canggih dan moden, Sonata terbaru mempunyai ruang yang lebih besar. Sonata serba baru ini merupakan sebuah kereta praktikal yang menggunakan teknologi premium Hyundai Motor yang mula diperkenalkan pada Genesis serba baru.

Menurut Pemasaran Kanan Setia Motor, Fadhillah Sulaiman menjelaskan,  Setia Motor mendatangkan dua model pilihan untuk pasaran Brunei Darussalam iaitu 2.0L MPI dan 2.4L MPI. Model serba baru ini adalah 35mm panjang dan 30mm lebar berbanding dengan Sonata sebelumnya. Ianya meningkatkan saiz luaran dan memberi keluasan dalaman yang besar untuk memberi keselesaan dan memuaskan pemilik dan penumpang.

Semasa menjalankan uji pandu model versi 2.4 MPI juga dinamakan sebagai Sonata YF dilengkapi dengan enjin 2.4 liter mempunyai mekanisme jadual injap berubah-rubah pada injap ekzos dan kebok udara.

Perjalanan dari bilik pameran Setia Motor menuju ke Kampung Katok dan balik cukup membuktikan keselesaan sebuah kereta yang boleh memberi pemanduan tidak membosankan. Berada pada jalan pusing keliling di Kampung Katok, penulis mengambil peluang untuk membuat pusingan kuat bagi menguji kestablian kereta tersebut.

Dengan adanya sistem ‘Hyundai Motor Platform’ pusingan kereta mempunyai respon yang sangat baik dan sistem kawalan kereta juga dalam keadaan stabil.

Transmisi enam kelajuan dengan pilihan penukaran mode biasa, sport dan eco memberi pilihan bijak kepada pemandu Sonata untuk memilih mengikut cara pemanduan mereka. Dalam mode ‘Sport’ pecutan perlepasan kereta akan lebih kuat dibanding dengan mode biasa dan pada tahap kelajuan tinggi, stering kereta akan terasa lebih keras. Ini kerana kereta tersebut akan lebih senang dikawal dalam membuat belok pada kelajuan tinggi.

Keselesaan kereta bukan sahaja terletak dari prestasi kereta bahan ruang dalam dan tempat duduk berbalut kulit yang boleh dikawal secara elektronik juga tidak sesekali menyebabkan bosan terutama pada perjalanan jauh.

Kenderaan moden yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih bertaraf terkemuka, Sonata serba baru ini telah direka menggunakan falsafah Hyundai Motor Fluidic Sculpture. Ianya memaparkan gaya halus dan premium, Sonata serba baru mempamerkan keanggunan di bahagian luar dan reka bentuk intuitif, menonjolkan penampilan yang harmoni dan atheletic.

Dalamannya menggunakan material berkualiti tinggi untuk memastikan kepuasan pelanggan, mengemaskinikan beberapa bahagian dalamannya dengan corak kayu, menambahkan lagi ciri elegannya.

Selain itu, ia menampilkan rekaan penuh estetik dan tampak berkeyakinan dengan konsep Inner Force dan gabungan Fluidic Sculpture 2.0 yang menyerlahkan lagi bahagian luarnya yang bergaya, harmoni dan tampak maskulin.

Sejajar dengan konsep itu, Hyundai turut menekankan aspek keselamatan dalam rekaannya ke atas Sonata baharu ini, dilengkapi dengan Advanced Smart Cruise Control (ASCC), brek elektronik dan Lane Departure Warning System (LDWS). Apa yang penting dari segi keselamatan kereta ini dilengkapi dengan Advance High strength Steel.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Hyundai Sonata 2015.