Courtesy dari Media Permata. Berita oleh Hajah Saemah Kepli.
Gambar dari Media Permata: Keadaan asap tebal di kawasan Jalan Bypass Mumong kira-kira pukul 2.00 petang kelmarin yang boleh membahayakan pemandu. |
Orang ramai khususnya pemandu-pemandu dan pengguna-pengguna jalan raya di kawasan Daerah Belait dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ekoran keadaan cuaca yang berkabus asap tebal pada masa ini.
Pegawai Siasatan Lalu lintas Daerah Polis Belait, ASP Suzianti binti Haji Ahmad, hari ini menyeru supaya pemandu-pemandu dan pengguna-pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan mengamalkan sikap bertolak ansur semasa berada di jalan raya termasuk mengurangkan had laju ketika memandu, bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Beliau juga menasihatkan para pemandu supaya sentiasa menyalakan lampu kenderaan ketika melalui jalan yang berkabus asap tebal, dan sentiasa mematuhi arahan anggota polis yang mengawal penutupan jalan raya, serta mematuhi isyarat-isyarat dan papan-papan tanda lalu lintas.
Ekoran kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan yang terjejas terutama sekali di kawasan Jalan Seria Bypass hingga ke Kuala Belait, pihak polis telah membuat penutupan jalan raya terbabit di lebuh raya berkenaan bermula daripada pukul 8:30 pagi hingga 6:30 petang setiap hari pada masa ini.
Kawasan-kawasan yang terjejas kebakaran hutan pada masa ini termasuklah di Kilometer 7 Seria Bypass berdekatan dengan Menara DST, di Kilometer 6 hingga 7 Bypass Seria berdekatan RPN Panaga, di Kilometer 27 Bypass Seria berdekatan Batalion Ketiga ABDB Lumut dan Kilometer 30 Bypass Seria berdekatan RPN Kampung Lumut.
Sementara itu bacaan PSI 41 kira-kira pukul 4:00 petang tadi bagi Daerah Belait, agak menurun berbanding kira-kira pukul 11:00 pagi kelmarin iaitu PSI 70. Bagaimanapun pada kira-kira pukul 2:00 petang tadi keadaan agak mendung dan berangin, selain hujan dikatakan turun di kawasan Labi Belait petang tadi.