Untuk versi Inggeris, klik di sini.
BMW baru-baru ini telah memperkenalkan model terbarunya iaitu BMW 2 Series yang di panggil BMW 218i Active Tourer yang diedarkan oleh Syarikat QAF Auto Sendirian Berhad.
Bakal pemilik BMW pasti akan kagum dengan keindahan dan keanggunan yang ada di hadapan mereka dan akan menjadi lebih kagum dengan pakej-pakej yang disediakan untuk pelanggan yang membeli BMW 2 Series Active Tourer ini!
Ramai yang menganggap kereta ‘218i Active Tourer’ keluaran terbaru buatan Jerman ini tidak begitu berkesan disebabkan enjin yang mempunyai kuasa tiga silinder. Bagi memastikan pendapatan itu benar atau salah, penulis Mantuka.com diberi peluang untuk mencuba sendiri prestasi kereta keluaran pertama menggunakan pemanduan ‘Front Wheel’ drive dan di perkenalkan ke pasaran dunia.
Melihat dari penampilan awal mengenai BMW 218i Active Tourer ini, ianya nampak cantik dan aktif. Melihat kereta tersebut, penampilan awal 218i Active Tourer masih memegang reka bentuk desain dengan model BMW lainnya seperti bahagian depan yang aerodinamik dan sportif dengan lampu ‘angel eye’ LED yang memberi visi terang terutama pada waktu malam. Selain itu, bentuk depan kereta tersebut meliputi gril chrome berbentuk buah pinggang, paip exhaust chrome, tayar alloy 16” inci dan logo ‘Luxury Line’.
Pada awalnya, penulis Mantuka.com juga beranggapan yang sama akan prestasi BMW 218i Active Tourer mempunyai kuasa yang tidak memuaskan, tetapi anggapan itu salah. Ianya dilengkapi dengan 3-silinder enjin Petrol 1.5 liter BMW Twin Power Turbo dengan gabungan 6-kelajuan transmisi Automatik BMW Steptronic. Kereta ini mampu membuat perlepasan licin dan mampu mencapai 200 km per jam. 218i Active Tourer mempunyai prestasi yang sangat memuaskan pada ukuran kuasa kereta bahkan kelengkapannya.
Memasuki ruang dalam kereta, kereta 2 Series ini sangat luas dengan ruang dalam yang elegan keseluruhannya di reka dengan kulit leather. Ruang bahagian kepala juga memberi keluasan ruang lima inci dari atap kereta, bahagian kaki memberi banyak ruang untuk bergerak memberikan pemandu sangat selasa semasa membuat pemanduan seharian. Bagi pemandu yang berbadan tinggi tidak akan mempunyai masalah dengan ruang bahagian kepala dan kaki.
Bagi penulis Mantuka.com, kereta 218i Active Tourer adalah salah sebuah kereta pilihan terbaik terutama dalam penjimatan minyak. Dengan hanya menukar kepada mode 'Eco Pro', 218i menggunakan bahan emisi CO2 yang rendah memberi penjimatan minyak yang baik tanpa mengganggu prestasi kereta walaupun pada tahap rpm yang rendah.
Pemandu juga boleh menukar kepada mode ‘Comfort’ bererti keselesaan. Dengan mode ini, pemandu akan merasakan perjalanan yang lebih licin dan masih menjimat tidak seperti mode 'Eco Pro'.
Jika prestasi mode tersebut masih tidak memuaskan, pemandu boleh menukar kepada mode 'Sport'. Dengan mode ini, setentunya, pemandu akan merasakan bahawa kereta ini mempunyai kuasa yang begitu kuat dan stabil. Dalam mode ini, kesemua konfigurasi ditukar menjadi sebuah kereta sportif termasuk pengawalan stering kereta dan juga pengaktifan sistem BMW xDrive, Suspension Sport M dan Dynamic Stability Control (DSC). Suara raungan dari enjin akan kedengaran semasa menekan kereta ketahap maksima.
Bagi kegunaan seharian, penulis Mantuka.com bercadang kereta ini sesuai untuk anda, kerana pemanduan dibandar raya akan mempunyai banyak berhenti dan akan membazir minyak. BMW 218i mempunyai fungsi ‘Auto Start-Stop’ yang akan mematikan enjin semasa membuat perhentian sementara, fungsi ini memberi manfaat terutama berhenti semasa di lampu isyarat atau semasa dalam keadaan kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, fungsi ‘Auto Start-Stop’ ini boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan pemandunya.
Biasanya bercakap mengenai kereta-kereta mewah, ianya mempunyai banyak fungsi yang mengelirukan. Tetapi BMW sama sekali memahami peranan seorang pemandu yang ingin kepada mesra pengguna, mudah alih, sempurna dan elegan. Apa yang dimaksudkan itu ialah fungsi yang mesra pengguna dengan adanya fungsi ‘i-Drive’. Pemandu hanya perlu memutar menu dari konsol i-Drive dan memilih fungsi yang diingini menggunakan satu tangan sahaja.
Apa yang terdapat didalam fungsi 218i Active Tourer melalui monitor 6.5 inci Definisi Tinggi (HD) seperti radio, telefon, konfigurasi, sistem Drive Assistant, Navigasi, Multimedia dan Connected Drive yang mampu memberi keselesaan dan dapat memfokus kepada pemanduan. Apa yang penting ‘i-Drive’ juga mampu memberi maklumat mengenai keadaan kereta.
Bercakap mengenai keluasan kereta ini tidak menjadi masalah, walaupun dari luar kereta nampak kecil bagi sebuah kereta jenis Multipurpose Vehicle (MPV), ruangan bagasi boleh memasuki dari 468 liter air kepada 500 liter air dengan melipat kerusi belakang penumpang yang boleh dilipat hampir rata.
Semasa penulis Mantuka.com, menggunakan kereta untuk membeli-belah barangan rumah, Konsultan Jualan BMW pernah memberitahu penulis bahawa jika tangan anda penuh dengan barangan, anda boleh membuka bonet kereta dengan hanya menyimpan kaki anda dibawah bonet kereta 218i Active Tourer. Setelah dicuba bonet kereta tersebut secara automatik terbuka dengan luas memberikan ruang untuk menyimpan barangan yang banyak atau berukuran besar.
Menyentuh mengenai keselamatan, BMW218i Active Tourer dilengkapi dengan Amaran Pertukaran Lorong, Punat Handbrake automatik, Amaran Kawalan Pendekatan yang boleh membuat perhentian mengejut jika diaktifkan dan Sistem Amaran Pejalan Kaki dengan City Brake Activation. Tidak juga dilupakan keselamatan kanak-kanak adalah sangat penting, dengan ini BMW menyediakan tali pigang keselamatan ISOFIX ditempat duduk penumpang belakang.
Jadi, jika ingin memiliki kereta jenis keluarga, BMW 218i Active Tourer adalah salah satu pilihan kelas terbaik untuk anda miliki. Kunjungi Syarikat QAF Auto Sendirian Berhad untuk membuat uji pandu tersendiri dan merasakan kehebatan kereta mewah ini.