Geely GX 213 bukan sekadar sebuah kereta, ianya keluaran jenama Geely yang menumpukan kepada penampilan dan keselamatannya, GX 213 adalah sebuah kereta jenis hatchback yang mempunyai bentuk badan mirip seperti sebuah kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV) tetapi masih dikategori kan sebagai kereta kompak.
Kereta buatan China ini mempunyai kelebihan berbanding dengan model Geely Panda, walaupun penampilan depan hampir sama seperti Panda tetapi ianya lebih luas dan rekaan bergaya direka khas untuk perjalanan jauh dan sesuai bagi perjalanan dikawasan Bandar.
Semasa penulis membuat uji pandu kereta berkenaan membuktikan keselesaan dari segi ruang dalam yang luas, apatah lagi ukuran dimensi GX 213 mempunyai 1530mm ketinggian dan 3815 panjang cukup besar bagi sebuah kereta jenis pengangkutan.

Perjalanan menggunakan jalan baru di Kampung Katok menguji kemampuan kestabilan kereta dan kekuatan enjin GX 213 sistem enjin AOO 1.3 Litre dengan kekuatan tork 110Nm mampu menaiki bukit tinggi dan memotong kereta lain dengan mudah.
Selain prestasi kereta yang mencukupi, GX 213 turut mempunyai pusingan steering kereta yang ringan dari teknologi Hydraulic Booster Steering Gear, apatah lagi gegaran kereta ditahap rendah jika melalui perjalanan tidak stabil, gegaran tidak dirasai kerana absorber yang dilengkapi menggunakan jenama Macpherson yang dikenali dengan pengawalan kestabilan kereta berkualiti. Jika anda tidak biasa dengan pemanduan menggunakan transmisi manual (GX 213), ianya tidak menjadi masalah kerana Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad turut menyediakan transmisi Automatik (GX 2) bagi kemudahan pelanggannnya.
Selain prestasi yang baik dalam perjalanan, Geely juga memastikan keselamatan kereta tersebut yang mana GX 213 dilengkapi dengan ABS-EBD, bag udara bahagian depan, enam bag udara, pintu kunci dengan central lock dan tali kelidar keselamatan jenis 3 pin. GX 213 juga dianugerahkan lima bintang dalam pemeriksaan uji keselamatan oleh China New Car Assessment Program (C-NCAP).
Pemilik kereta GX213 akan menerima kelengkapan teknologi terkini seperti, USB port, Radio Tuner dengan pemain CD, lampu fog, 4 spok tayar alloy, penghawa dingin kunci kawalan jauh, sistem amaran undur Jika anda menginginkan sebuah kereta unik dengan pelbagai fungsi, ini lah kereta pilihan anda terutama yang ingin berseronok, membeli-belah atau menuju ke sekolah.