Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, May 28, 2015

Uji Pandu Toyota Camry 2015


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Selepas 34 tahun berlalu, merentasi tujuh jenerasi dan telah berjaya menjual 20 juta unit diseluruh dunia, model Camry keluaran jenama Toyota masih memegang mutu kerja yang berkualiti dan reka bentuk bergaya dalam kelasnya.

Kini NBT (B) memperkenalkan sebuah lagi jenerasi terbaru Toyota Camry berwajah baru yang menjadi model sedan jenis perdana di negara Asia. Kali ini, Camry serba baru menawarkan sebuah kereta yang mewah, lebih luas, berkualiti dan berteknologi tinggi seperti yang dijelaskan oleh Teknikal Jualan NBT (B) Sdn Bhd, Red Alejo semasa sesi uji pandu ringkas yang dianjurkan oleh Syarikat NBT (B) Sendirian Berhad.

Pihak media tempatan diberi peluang untuk membuat uji pandu keluaran terbaru Toyota Camry yang menjadi tarikan umum pada sekian lama. Perjalanan dari bilik pameran Toyota NBT (B) Sdn Bhd, Gadong menuju ke Mangrove Resort di Sungai Besar mengambil masa 40 minit untuk sampai ke destinasi.


Walaupun ianya sebagai uji pandu ringkas tetapi pemanduan itu boleh dikatakan cukup untuk memeriksa kehebatan kereta Camry. Toyota yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam memperkenalkan dua jenis varian iaitu model versi 2.0 liter dan juga 2.5 liter dan pihak penganjur memberi peluang untuk mencuba kedua-dua kereta tersebut.

Semasa memasuki ruang Camry 2.0 melihat ruang dalam yang luas dengan papan pemuka direka sempurna dan nampak moden. Memulakan perjalanan menuju ke destinasi, penulis Mantuka.com mengambil kesempatan untuk mencuba panel-panel yang memberikan fungsi kemudahan pemandunya. Sebelum menyentuh mengenai fungsi kereta tersebut, penulis Mantuka.com ingin menjelaskan pendapat mengenai desain dan spesifikasi yang tedapat didalam Toyota Camry serba baru ini.



Camry 2015 dilengkapi dengan enjin 2.0 empat silinder sebaris DOHC Dual VVT-iW yang digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan menggantikan transmisi 4-kelajuan pada model sebelumnya. VVT-iW juga mempunyai teknologi tersendiri membolehkan pemandu menukar kelajuan pada masa yang tepat. Dari segi reka bentuk Camry nampak lebih inovatif dan mewah terutama dibahagian depan yang menjana kepada warna krom bentuk trapezoidal dibahagian gril hadapan dan memastikan besi krom itu berhubung dengan logo Toyota dan belakang yang lebih lebar.

Tambahan lagi, Camry 2015 mempunyai penampilan dengan HID LED DRL lampu keselamatan memandu di waktu pagi.

Semasa membuat perjalanan, penulis merasakan perjalanan yang senyap sehinggakan perbincangan antara penulis Mantuka.com bersama ahli penjual NBT dengan jelas didengar tanpa gangguan bunyi angin ataupun bunyi enjin kereta.

Setelah disoal mengenai kesenyapan kereta ini, Camry terbaru ini ditambah dengan kedap (sealing) yang lebih tebal di lima lokasi didalam kabin bagi menghalang bunyi memasuki ruang kabin sekaligus meningkatkan keselesaan semasa pemanduan perjalanan jauh pada kelajuan yang tinggi. Kesemua maklumat pemanduan dan status kereta turut dipamerkan didalam monitor digital kecil dibahagian odometer untuk memberi maklumat keselamatan, penggunaan minyak, panggilan telefon, keadaan kereta, perjalanan dan banyak lagi.




Apa yang dapat dipuji mengenai kereta ini ialah system penjimtan minyak yang terjamin, selain member amaran penggunaan minyak berlebihan semasa memandu, Toyota Camry turut mempamerkan indikasi keputusan keseluruhan penggunaan minyak dalam setiap perjalanan selepas mematikan enjin kereta.

Selain itu, semasa membuat pusingan, stering kereta terasa agak mudah untuk dikawal dari bantuan kombinasi Electric Power Steering (EPS) dan suspension yang disemak semula menawarkan tindak balas sempurna kawalan kereta.

Bercakap mengenai versi 2.5 liter, ianya dimuatkan dengan enjin 2.5 empat silinder sebaris DOHC Dual VVT-i terkenal prestasi optimum dan penjimatan minyak yang turut digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan Super Electronic Controlled Transmission (ECT). 


Perjalanan dari Sungai Akar menuju ke Kampung Mentiri memberi peluang kepada penulis untuk mencuba pestasi kereta ini yang mampu mencapai kelajuan maksima kepada 200 kuasa kuda. Perlepasan awal kereta ini tidak menjadi masalah kerana Camry mempunyai kuasa torque 231 Nm bersamaan 4,100 rpm.

Kereta tersebut bukan sahaja memberi keselesaan walaupun dalam kelajuan ditahap tinggi bahkan bunyi yang senyap dan tiada gegaran semasa mengawal kereta membuat pusingan sedikit melencong.

Menyentuh mengenai keselamatan, pemandu terjamin dengan kelengkapan tujuh bag udara bagi versi 2.5L dan empat bag udara bagi versi 2.0L. Selain itu, tempat duduk Camry direka khas bagi menjaga kecederaan leher jika berlakunya kemalangan. Antara fungsi-fungsi yang turut dilengkapi ialah Anti-Lock Braking System (ABS), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Hill-Starting Assist Control (HAC), sensor sudut dan undur serta kamera undur dengan panduan dinamik.