Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, June 19, 2015

Media Tempatan Menghadiri Kempen Uji Pandu Suzuki Celerio


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
Media tempatan termasuk pihak Mantuka telah dijemput oleh Boustead Sendirian Berhad hari ini untuk menghadiri kempen uji pandu Suzuki Celerio yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kempen uji pandu tersebut berlangsung pagi tadi di Restoran GK, Jerudong bagi demonstrasi keunikan Suzuki Celerio bagi penulisan pengalaman pemanduan mereka sendiri bersama ahli kakitangan dari Syarikat Boustead Sendirian Berhad.

Uji Pandu tersebut merangkumi perjalanan dari Restoran GK menuju ke Kampung Tungku dan pihak media diberikan pilihan untuk mencuba dua varian iaitu transmisi automatik dan manual.

Celerio adalah penukaran wajah dari model sebelumnya iaitu Suzuki Alto yang diubahsuai menjadi lebih besar dan bergaya. Selain perubahan dibahagian depan kereta ditambah dengan gril krom dan lampu depan yang lebih besar ianya menampilkan wajah yang dinamik. Dibahagian belakang pula lebih ketara mempunyai badan yang lebih besar menampilkan ruang dalam yang luas yang mampu memberi kapasiti penyimpanan kepada 254 liter.

Suzuki Celerio terbaru ini dikuasakan dengan enjin 3 silinder, 1 liter petrol dengan badan yang begitu ringan, ianya juga dimuatkan dnegan transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) memastikan pengalaman pemandu yang seronok.

Kereta ini menumpukan kepada penggunaan di Bandar yang menginginkan sesebuah kereta kecil dengan personaliti yang besar melambangkan emosi seseorang yang puas, gembira dan nikmat.


Ikuti Mantuka.com untuk berita Uji Pandu Suzuki Celerio yang akan di kemaskini esok!