Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, June 14, 2015

Pelancaran Suzuki Celerio

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Boustead Sendirian Berhad semalam berjaya melancarkan keluaran terbaru Suzuki Celerio bertempat di Pusat Membeli-belah Time Square. Acara tersebut telah dibanjiri oleh pengunjung semasa pelancaran diadakan. Pelanggan yang dijemput, orang ramai, dan juga tetamu dari syarikat-syarikat bersekutu telah hadir untuk menyaksikan acara ini.

Pelancaran itu dilancarkan oleh Pengurus Jualan Suzuki, James Wong yang juga memberikan ucapan pendek sebelum pelancaran kereta baru Suzuki Celerio yang mana beliau menjelaskan kereta tersebut adalah sebuah kereta hatchback dinamik dan bertenaga. Suzuki Celerio baru mencerminkan rekod prestasi yang terbukti dalam membangunkan kereta kecil yang luar biasa.


Turut hadir menyaksikan dan mencuba ruang dalam kereta Suzuki Celerio adalah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai.

Menurut Boustead Sdn Bhd, Celerio adalah penukaran wajah dari model sebelumnya iaitu Suzuki Alto yang diubahsuai menjadi lebih besar dan bergaya. Selain perubahan dibahagian depan kereta ditambah dengan gril krom dan lampu depan yang lebih besar ianya menampilkan wajah yang dinamik. Dibahagian belakang pula lebih ketara mempunyai badan yang lebih besar menampilkan ruang dalam yang luas yang mampu memberi kapasiti penyimpanan kepada 254 liter.


Dalaman yang sentiasa segar dengan ketukangan unggul memberikan paparan dan rasa kontemporari yang melengkapi Celerio. Papan pemuka bergabung dengan kawasan pedalaman yang lain memberikan kabin Celerio rasa sangat premium. Tambahan lagi, ruang penyimpanan berguna untuk barang-barang kecil terletak di seluruh kabin. Ketinggian ruang bagasi membolehkan anda memuatkan dan memunggah bagasi dengan mudah.

Suzuki Celerio terbaru ini dikuasakan dengan enjin 3 silinder, 1 liter dengan badan yang begitu ringan, ianya juga dimuatkan dengan transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) yang memastikan pengalaman pemandu yang seronok.

Kereta ini menumpukan kepada penggunaan di Bandar yang menginginkan sesebuah kereta kecil dengan personaliti yang besar melambangkan emosi seseorang yang puas, gembira dan nikmat.