Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Suzuki Celerio merupakan antara kereta segmen A yang akan membawa impak yang baik di Negara Brunei Darussalam, terutamanya terhadap golongan remaja kerana imejnya yang comel dan ia juga mudah dikendalikan terutamanya di kawasan bandar dan kawasan persekolahan.
Celerio merupakan sebuah kereta kompak tetapi berkapasiti luas yang mempunyai ruang belakang seluas 254 liter yang lebih besar dari Suzuki Alto.
Menurut Boustead Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal jenama Suzuki, kereta Celerio adalah peningkatan dari model sebelumnya iaitu Suzuki Alto, walaubagaimanapun ianya amat ketara dari segi spesifikasi yang menjunam kepada teknologi masa kini.
Kali ini Suzuki memperkenalkan enjin 3 silinder, 1 liter bagi model Celerio ini sudah cukup untuk memberi perjalanan dari satu destinasi kepada destinasi seterusnya. Celerio bukan sahaja sebuah kereta cantik bahkan desainnya seolah-olah membawa kepada konsep bersukan da gaya hidup terkini.
Berhubung mengenai prestasi Celerio, ia dikuasai dengan enjin 3 silinder, 1 liter (Petrol) yang membekalkan kuasa maksimum 50 kW (68 PS) pada 6,000 rpm dan 90 Nm pada 3,500 rpm kuasa tork.
Pengalaman penulis semasa membuat uji pandu Suzuki Celerio dimulakan dari Restoran GK di Jerudong menuju Kampung Tungku dengan pihak media diberikan pilihan sama ada memandu transmisi automatik atau manual.
Penampilan bahagian depan yang ditambah dengan gril krom dan lampu depan yang lebih besar bagi penampilaan yang dinamik. Di bahagian belakang pula, perubahan lebih ketara dengan ruang dalam yang lebih luas tetapi masih tidak begitu berbeza dengan penampilan model Alto tetapi kebaikan Celerio mampu memuatkan kapasiti penyimpanan yang lebih banyak berbanding dengan Alto.
Celerio adalah kereta yang sangat praktikal dan boleh digunakan untuk apasaja kemudahan. Sama ada anda menggunakannya untuk bekerja, berseronok, bersukan, atau perjalanan jauh pulang-alik. Walaupun luarannya nampak kecil, tetapi jangan sangka dalamannya tidak mempunyai ruang.
Semasa menjalankan ujian, tempat duduk pemandu diraskaan begitu selesa kerana ruang dibahagian bahu dan kaki mempunyai penambahan ruang, ruang dibahagian kepala pula memberi ruang sukatan 3 inci dari atap kereta.
Antara spesifikasi standard dipasarkan di Negara ini dilengkapi penyaman udara, rim aloi, DAB Radio, CD Tuner, USB dan paling penting keselamatan dua bag udara iaitu bagi pemandu dan penumpang di depan.
Bagi transmisi automatik, penukaran gear menyalurkan penukaran licin dari sistem CVT yang dimuatkan didalam kereta berkenaan. Transmisi Manual setentunya pilihan terbaik bagi menggunakan kereta ini kerana dengan pengalaman dan keseimbangan minyak dan clutch menggunakan transmisi manual, pemandu setentunya akan merasa lebih licin bagi menukar gear pertama hingga seterusnya, ini bermaksud cengkaman perlepasan lebih responsif bahkan lebih berjimat.
Perjalanan mengambil masa 30 minit ke destinasi agak selesa terutama pemandangan dari pemandu mudah untuk dilihat persekitaran sekeliling, tetapi menurut penulis, walaupun pintu dan cermin ditutup dengan rapi, bunyi sama ada dari enjin atau angin masih kedengaran. Walaubagaimanapun itu tidak jadi masalah kerana Suzuki Celerio setentunya seronok untuk dipandu dan sesuai digunakan bagi pelajar-pelajar Universiti atau sebagai kereta pengangkutan ke destinasi mereka tuju.
Apa yang menarik mengenai kereta ini, ianya menawarkan emisi CO2 yang memberi penjimatan minyak ketahap maksima yang mana penggunaan bahan api hanya mengambil 4.7 liter dalam perjalan 100 Kilometer.
Syarikat Boustead kini menawarkan kereta Suzuki Celerio dengan dua jenis varian iaitu transmisi Manual dan Automatik dengan sistem transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) yang baru saja dibangunkan oleh Suzuki. Teknologi baharu ini mampu memberikan penukaran gear secara halus/licin.
Jadi tunggu apa lagi, jika menginginkan sebuah kereta yang bergaya, luas, moden, jimat dan ekonomikal, Celerio adalah tumpuan terbaik bagi pilihan kereta anda.
Jadi tunggu apa lagi, jika menginginkan sebuah kereta yang bergaya, luas, moden, jimat dan ekonomikal, Celerio adalah tumpuan terbaik bagi pilihan kereta anda.