Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, June 16, 2015

Uji Pandu TATA Aria


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Tata Aria dibawah Syarikat Worldwide Motor Sendirian Berhad yang baru saja dipasarkan  ke Negara Brunei Darussalam merupakan gabungan kereta Multi Purpose Vehicle (MPV) dengan Sport Utility Vehicle (SUV) membuatkan kereta buatan India ini bergaya.

Bila dilihat, reka bentuk kereta tersebut mempunyai bentuk badan seperti sebuah kereta pacuan empat roda yang besar dengan desain sportif dan gagah.

Gril depan disimpan dengan logo jenama TATA setentunya memberitahu dunia bahawa TATA kini meningkatkan keunggulan mereka ketahap maksima bukan sahaja dari model sedan bahkan kepada keluaran model MPV.


Ruang dalam TATA memberi ruangan yang luas dan selesa, walaubagaimanapun, desain papan pemuka kereta tersebut agak sedikit basic, tetapi kesemua fungsi penting dilengkapi di dalam kereta berkenaan yang dipaparkan di skrin digital di tengah-tengah.


Ini termasuk fungsi penghawa dingin, Cruise Control, cermin elektronik, sistem audio Music 2-DIN dengan pemain MP3 dan USB yang serasi dengan pemain ipod. Ini adalah dari beberapa fungsi yang disediakan didalam Aria. Selain itu juga, pemandu dan penumpang juga boleh menyimpan barangan mereka di dalam petak-petak yang disediakan diatas dinding kereta.

Kereta tersebut hanya dipasarkan dengan jenis transmisi manual. Dengan transmisi ini, ianya sangat sesuai bagi sesebuah keluarga atau peniaga yang menginginkan sebuah kereta yang kuat dan berdaya tahan apatah lagi Aria dimuatkan dengan enjin 2.2 Liter Diesel Direct Injection Common Rail (DiCOR) dengan kuasa 110 Kw dan 320 Nm Tork.

Aria yang dicipta sebagai sebuah kereta yang lebih luas, mudah dan serba boleh dikategorikan dengan sistem teknologi masa kini. Lebih-lebih lagi Aria mempunyai muatan yang besar sehingga mampu mengisi tujuh orang penumpang dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penumpangnya.

Semasa membuat uji pandu, penulis tidak menafikan kereta ini mudah dikawal memasuki perjalanan lencong di kawasan Jalan Telanai dan Babu Raja. Salah satu ganjaran bagi TATA Aria adalah repson perlepasan yang sangat baik, penukaran gear pertama kepada gear seterusnya sangat licin bahkan kombinasi kekuatan enjin yang bekerjasama dengan transmisi agak sempurna, rahsia perlepasan baik dalam kereta ini juga turut didatangkan dari sistem turbo yang dilengkapi didalam kereta Aria.



Selain itu, TATA juga menumpukan kepada keselamatan, pengawalan membuat perhentian secara mengejut sangat baik, ini kerana Aria dimuatkan dengan sistem keselamatan Anti-lock Break System (ABS) dan Elektronik Break Force Distribution (EBD) yang membuatkan pemandu yang sangat aman.

Tali keledar dimuatkan pada kesemua 7 kedudukan kerusi dan kabin yang luas serta boleh disesuaikan dengan saiz badan pemandu dan penumpang dari baris 1, 2 dan 3. Dengan satu tekanan yang praktikal membuat akses ke barisan ke 3 menjadi lebih mudah dan tidak perlu melipat kerusi, maka ruang kabin menjadi lebih luas dan memberikan keselesaan optimum kepada penumpang.

Menumpukan kepada keselamatan, TATA Aria dilengkapi dengan bag udara, tali pinggang keselamatan kanak-kanak dan sistem amaran kereta dengan kunci kawalan jauh. Jika ingin memiliki sebuah kereta bagi kegunaan kekeluargaan, TATA Aria adalah salah satu pilihan bijak untuk dipandu tidak kira perjalanan dekat mahupun jauh.


Ikuti Worldwide Motors Sdn Bhd untuk berita keluaran TATA Motors Brunei di Facebook dan Instagram.