Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, August 24, 2015

Grand Motors Sdn Bhd Memperkenalkan Citroen DS3 Facelift



Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Minggu lepas orang ramai telah dijemput oleh Syarikat Grand Motors Sdn Bhd untuk sama-sama menikmati jamuan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Citroen.

Majlis yang berlangsung di bilik pameran Citroen dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan dan minuman untuk dinikmati sambil menyaksikan model-model jenama Citroen termasuk model konsep Rally ‘Citroen WRC Inspired’.


Sambutan ini adalah untuk mengeratkan silatulrahim diantara para pelanggan dan juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan lebih dekat model-model terkini dari jenama Citroen seperti Citroen DS3, DS4, DS5 dan C4 Grand Picasso, termasuk Citroen DS3 versi facelift.



Citroen DS3 versi facelift menampilkan perubahan dari segi lampu depan yang menggunakan lampu headlight xenon dengan LED modules dan indikasi sequential. Ianya diilhamkan dari kereta konsep Citroen Numero 9 dan Citroen DS Wild Rubis, mereka menggunakan tenaga 35% kurang pada pancaran rendah dan 75% kurang pada pancaran tinggi.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi Bilik Pameran Citroen di Beribi, Gadong semasa waktu pejabat.