Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, August 19, 2015

Hyundai i40 Versi Facelift Menarik Perhatian Awda


Jenama Hyundai semakin popular dikalangan masyarakat Brunei, ini kerana pembuat kereta gergasi terkenal diseluruh dunia itu mendengar permintaan ramai dengan meningkatkan lagi dari segi desain, fungsi teknologi dan juga keselamatannya.

Jenama yang berasal dari Korea itu mula membuat pengeluaran secara agresif dengan menampilkan banyak model-model terbaru sejak empat tahun kebelakangan ini. Kini Syarikat Setia Motor Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal keluaran Hyundai kini memperkenalkan sebuah lagi model terbaru jenama Hyundai, ‘i40 Tourer’ versi facelift.

Kali ini, model i40 ini tidak lagi menampilkan reka bentuk yang biasa bahkan kini lebih moden dan berlainan. i40 dengan gaya tersendiri penambahan kelengkapan teknologi kereta terkini. i40 terkini mempunyai ukuran panjang dalam lingkungan 4,775 meter dan 1,470 tinggi.

Penulis melihat lebih dekat Hyundai i40 versi terbaru itu bahkan diberi peluang untuk menjalankan uji pandu. Melihat dari penampilan awal kereta itu yang aman wajah i40 mempunyai bentuk ala kereta lumba yang digabungkan dengan badan aerodinamik bersama gril krom depan yang besar melambangkan kemegahan Hyundai dan elegan. Tambahan lagi lampu depan i40 yang dimuatkan dengan LED setentunya mengingatkan penulis penampilan seperti Hyundai Veloster tetapi ianya lebih bergaya.




Memasuki ruang kokpit, penulis merasakan keselesaan dari kerusi i40 yang direka menggunakan kulit leather. Tambahan lagi tempat duduk hadapan dilengkapi dengan 3 pilihan pemanas kusyen. Ditempat duduk belakang juga disediakan dengan pemanas yang sama. Bertumpu kepada kokpit kereta, papan pemuka i40 mempunyai desain tersendiri diwarnakan kelabu, i40 mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan penggunaan sesuatu fungsi dengan selesa. Apa yang menarik perhatian, ianya turut dimuatkan dengan hubungan AUX dan USB, kedua-dua slot ini sangat berguna bagi ramai orang terutama jika ingin menghubungkan telefon pintar mereka ke kereta tersebut.


Semasa memandu kereta tersebut, Bilik Pameran Setia Motor Sdn Bhd di Beribi menuju ke lebuhraya Tungku Link dan seterusnya menuju ke Kampung Jerudong, kereta ini agak senyap dalam perjalanan membuatkan perjalanan yang agak tenang dan selesa tanpa gangguan bunyi enjin diluar. Bercakap mengenai transmisi kereta, penukaran gear licin menggunakan transmisi automatik menjadikan satu tambahan baik lagi dalam kereta ini, lebih-lebih lagi setiap kali kereta tersebut menukar gear Hyundai i40 langsung tidak memberi gegaran dari enjin walaupun dalam kelajuan rendah ataupun tinggi. Kajian ini sangat penting bagi penulis kerana ianya adalah salah satu prinsip untuk memberi keselesaan pemandu semasa perjalanan jauh bahkan digunakan untuk jangka panjang.

Memasuki perjalanan melalui kawasan Hotel Empire & Country Club, Jerudong, penulis memasuki kawasan yang mempunyai banyak lencongan, ujian demi ujian enjin i40 sentiasa mampu menangani cabaran itu termasuk menaiki bukit-bukau.

Perjalanan yang seakan sempurna ini turut dibantu dari sistem Vehicle Stability Management (VSM), yang turut merangkumi ciri keselamatan dari segenap aspek di dalam satu pakej logik elektronik bersepadu memberikan kestabilan semasa memandu.tu pakej logik elektronik bersepadu memberikan kestabilan semasa memandu.

Menurut Bahagian Pemasaran Setia Motor Sendirian Berhad, Nazim Muaazasbri enjin berkapasiti 2.0 liter DOHC dengan DCVVT Petrol MPi mampu mengeluarkan kuasa pecutan hingga 152 kuasa kuda dengan bantuan tork 4,000 rpm. i40 juga dimuatkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan sebagai salah satu rahsia kelicinan penukaran gear dengan bantuan kuasa tork yang tinggi.

Antara fungsi-fungsi yang ditampilkan didalam kereta berkenaan ialah seperti  skrin LCD, Bluetooth, punat menghidupkan enjin, bumbung panoramik automatik, pedal pemboleh ubah gear, dan punat parking secara elektronik.



Melihat dari penerimaan anugerah pengiktirafan lima bintang ujian keselamatan Euro NCAP, model ini sudah cukup menjelaskan akan kualiti kereta ini yang sudah dijangka. Jika ingin menjaga keselamatan anak awda, i40 juga dilengkapi dengan tali pin keselamatan ISOFIX.

Jika ujian penulis ini masih meragukan pembaca akan kereta i40, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran Setia Motor Sendirian Berhad di Kampung Beribi dan menempah uji pandu khas bagi mencuba sendiri kehabatan Hyundai i40 ini nanti.