Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, August 9, 2015

Menguji kehebatan Mazda 2 Serba Baru di Jepun

All New Mazda 2’ baru-baru ini telah diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sebagai tambahan barisan terbaru dalam keluarga Mazda dibawah Syarikat Grand Motors Sendirian berhad.

Sebelum ianya diperkenalkan, tahun lepas penulis tempatan telah dijemput untuk membuat uji pandu keluaran baharu ini bersama wartawan otomotif antarabangsa pada 19 ogos 2014 lalu di litar lumba Antarabangsa Tokachi yang terletak di Obihiro, Jepun.

Kereta keluaran terbaru ini adalah sebagai peningkatan dari model sebelumnya yang diubah suai dari segi bentuk, ruang dalam dan prestasinya. Mazda telah mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada wartawan otomobil untuk mengambil pengalaman tersendiri ciri-ciri yang dilengkapi berlainan dari model-model sebelumnya. Salah satu tarikan utama keluaran terbaru adalah teknologi Skyactiv yang telah membawa kepada banyak perubahan menakjubkan dari segi prestasi enjin dan penyempurnaan transmisi kereta-kereta Mazda baru hasil keluaran teknologi Mazda Motor Corporation.

Apa kebaikan teknologi skyactive ini? Menurut taklimat yang diberikan semasa berada di Jepun, teknologi Skyactiv memberi saluran pembakaran minyak dan api mesin enjin ketahap maksima dengan memampatkan bagi mendapatkan tekanan yang kuat dari enjin teknologi Skyactiv yang menyalurkannya kepada enjin, chassis dan transmisi mampu menghasilkan prestasi lebih baik dengan penggunaan bahan bakar sangat efisien.

Mazda 2 serba baru mempunyai banyak faedah yang menerima banyak anugerah
Tambahan lagi, dengan berkonsepkan ‘Jinba-Ittai’ yang bermaksud ‘kuda dan penunggang’ yang juga diberi erti ‘apabila dua menjadi satu’, pengertian lanjut ini, memberi kefahaman sebaik saja pemandu memasuki ruang dalam kereta, pemandu akan merasakan cantuman bersama kereta itu seolah-seolah menjadi satu menikmati perjalanan di jalan raya. 


Kesempatan membuat uji pandu kereta generasi keempat yang terbilang eksklusif dilantaran All New Mazda2 belum dilancarkan lagi di seluruh dunia. Mazda 2 ini akan dilancarkan di Paris Motor Show pada awal Oktober 2014 lalu untuk pasaran Eropah. Mazda2 benar-benar menjadi refleksi dari Mazda CX5 atau Mazda6. Dimana desainnya memang menggunakan KODO Soul sebagai basisnya. Berikut juga dengan teknologi mesin yang sudah berbekal teknologi Skyactiv yang sangat efisien.

Enjin 1.5 Skyactiv-G dengan transmisi 6-kelajuan dengan kereta berbadan kecil ini sudah cukup bagi penulis menilai akan prestasi kereta ini menjadi satu tarikan penting. 

Ketika memasuki ruang kabin kereta Mazda2 serba baru itu, penulis serta-merta merasakan persekitaran seperti didalam sebuah kereta sport. Selain itu, Kesan ini berpunca dari reka bentuk  papan pemuka yang berlainan dari kereta yang pernah dilihat. Papan pemuka Mazda2 baharu ini menggabungkan kemodenan dan motorsport. Antara yang terbaik penggunaan lapisan kulit yang diletak di panel-panel chrome dan aksen serat karbon.


Kenikmatan duduk di dalam kabin Mazda2 serba baru masih ditambah dengan layanan sempurnya yang diberikan sistem multi-medianya. Sebuah monitor besar di atas papan pemuka akan memainkan peranan penting dalam memberi maklumat. Monitor tersebut dikawal melalui sebuah kawalan pintar di bahagian tengah berhampiran tempat duduk depan kawalan mudah dan mesra pengguna seperti yang ada pada fungsi-fungsi yang diberikan dalam kereta jenis premium.

Chief Designer Mazda, Ryo Yanagisawa turut menerangkan kepada media mengenai keistimewaan 'Jinba Ittai'
Sebelum memulakan uji pandu di litar lumba Tokachi itu, pihak penganjur memberi arahan keselamatan dan juga perjalanan mengikut laluan yang diberikan, walaupun keadaan masa itu hujan, para penulis tidak teragak-agak untuk membuat ujian kereta tersebut bagi memastikan kebolehannya.

Mazda2 serba baru dengan teknologi Skyactiv-G menetapi janji akan respon pecutan teknologi mereka, pada memulakan perlepasan kereta tersebut seolah-olah kereta buatan Jepun ini tidak ketinggalan, perlepasannya agak begitu lancar apatah lagi memasuki gear 2 hingga ke 4 sangat teratur. 

Membuat lencongan padat pada litar lumba itu semasa waktu hujan tidak menjadi masalah dengan adanya konsep ‘Jinba-Ittai’ itu, jika dibandingkan dengan kereta lain, Mazda 2 yang direka khas untuk keseronokkan pasti menghilangkan kebimbangan pemanduan. Oleh kerana kereta tersebut akan mengikut kemahuan dan kawalan pemandunya yang menjadikan pemanduan lebih seronok dalam perjalanan hampir mahupun jauh. 

Sebelum membuat pecutan akhir, penulis memilih mode Sport, pilihan salah satu dari tiga pilihan mode transmisi, iaitu ‘Normal’ bagi pemanduan biasa, ‘Sport’ dengan kontrol penuh computer yang ingin berseronok memandu, atau pilihan ‘semi-manual’ di mana pemandu mengemudi penukaran gear secara manual. 

Memasuki perjalanan yang lurus dilitar lumba Tokachi, Hokkaido mengambil kesempatan penulis untuk menekan ketahap maksimum pecutan Mazda2 gabungan transmisi 6-kelajuan Skyactiv-Drive, penulis sendiri berjaya mencatat kelajuan sehingga 155km/j. Pencapaian maksimum ini datangnya dari tenaga di setiap tingkat putaran mesin dan teknologi dibawah Skyactiv-G.

Memiliki sebuah Mazda2 terbaru adalah pilihan bijak bagi penggemar yang suka memandu keseronokan serta pemanduan yang selesa.