Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Indera Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal bagi jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei baru-baru ini melancarkan keluaran terbaru Land Rover Discovery Sport, sebuah kereta Kompak Sport Utility Vehicle (SUV) yang versatil.
Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berlangsung di Empire Theatre, Jerudong.
Discovery Sport terbaru ini mendapat sambutan yang menggalakkan didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini. Tambahan lagi lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam dan besar. Bagi penulis, bentuk dan rupa kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque tetapi ianya lebih besar.
Bagi pasaran Negara Brunei Darussalam, ia akan dipadankan dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan, selain itu menawarkan enam silinder prestasi pakej kompak yang mengurangkan berat dan mengurangkan emisi CO2 kepada 20 peratus.
Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).
Penambahan terbaru termasuk system infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu automatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.
Land Rover Discovery Sport boleh didapati dengan tiga jenis varian iaitu S, SE dan HSE dijual dengan harga perkenalan buat masa ini. Pelanggan boleh menyaksikan kereta tersebut atau membuat uji pandu di Lot Q2, Q3 dan Q4, Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk hari Isnin hingga khamis, Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5 petang dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang.