Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Dalam episod kali ini Penulis membandingkan kedua-dua buah kereta jenama Volkswagen iaitu Volkswagen Beetle dan Volkswagen Scirocco yang menjadi tarikan umum setakat ini di Negara Brunei Darussalam, penulis akan menyentuh beberapa aspek kenapa kedua buah kereta ini sangat sesuai untuk dimiliki dari aspek desain, spesifikasi dan pengawalan kereta.
Jika kita bercakap mengenai
sebuah kereta yang mempunyai ciri-ciri mewah, sportif, elegan setentunya akan
membawa kepada sebuah kereta berjenama, apatah lagi reka bentuk dalaman yang
cantik dengan fungsi terkini hanya boleh diperolehi dari kereta mewah yang
sangat berharga.
Anggapan itu tidak benar, seperti
jenama Volkswagen, pembuatan kereta seperti Scirocco terbaru mempunyai desain menarik
mengikut tren terkini. Kecantikan kereta ini setentunya menampilkan sebuah
kereta mewah dan sportif sesuai mengikut slogan jenama Volkswagen ‘DAS Auto’
yang bermaksud kereta untuk semua.
Scirocco adalah salah sebuah kereta sport yang
paling menarik sesuai dengan harga pastinya menarik perhatian ramai semasa
memandu terutama golongan belia yang menginginkan sebuah kereta yang mempunyai
prisnsip gaya dan kesukanan, walaupun dengan
ciri-ciri standard Scirocco meletakkannya di tahap yang sama dengan kereta
coupe yang sama seperti sebuah kereta mahal.
Melihat penampilan awal mengenai kereta ini, ianya mempunyai desain yang tersendiri berlainan dari desain kereta model yang ada pada masa ini, bentuk depan Scirocco dipertingkatkan dari segi otot-otot badan kereta dan tidak lari dari konsep Scirocco sebelumnya tambahan lagi dimuatkan dengan kit badan Aerodimanik pakej R-Line.
Antara yang telah dipadankan dengan pakej luaran R-Line termasuk bampar yang diubah suai, skirt sisi yang dipertingkatkan dan jeriji baharu. Pakej ini turut menampilkan lampu kabus, spoiler belakang dan peresap belakang. Selain itu, tambahan baru dari segi lampu kabus dan DRL LED. Desain seperti ini amat pintar untuk menggabungkan sesebuah kereta menjadi sebuah model bergaya sesuai bagi pemilik dikalangan anak muda.
Penulis diberi peluang membuat uji pandu kereta Volkswagen Scirocco model terkini untuk membuat analisis sendiri mengenai ujian keseluruhan pandangan pemandu.
Semasa memulakan uji pandu Scirocco, penulis merasakan pecutan kereta mempunyai responsive yang baik tanpa gegaran dari penukaran gear. Semasa dalam perjalanan suspensi Scirocco ini agak keras apatah lagi Scirocco mempunyai badan yang rendah membuat penulis tertanya-tanya kenapa Scirocco mempunyai bentuk demikian.
Menurut Pegawai Statistik Maju Motors Sdn Bhd, Abdul Hafiz bin Haji Sulaiman, suspensi keras itu mempunyai kebaikkan terutama dalam perjalanan jauh dan laju bagi menstabilkan kereta dan memberi respon pada pengawalan kereta. Apa pun dalam perjalanan menuju ke Kampung Jerudong melalui Lebuh Raya Tungku Link dalam kelajuan hampir maksima sudah cukup untuk memberi kuasa yang dikehendaki. Kereta tersebut terbukti mempunyai kestabilan tanpa gegaran dan responsif tambahan lagi dengan bantuan Program Elektronik Penstabilan (ESP).

Penulis telah menguji kereta ini sejauh hampir
lapan kilometer. Kenikmatan pecutan yang licin dan pemanduan selesa, kereta
tersebut mempunyai transmisi 7-kelajuan DSG dual-clutch setentunya memberi
pemanduan sporting yang menyeronokkan, sama ada pemandu memandu secara
automatik atau semi automatik. Apatah lagi dengan menggunakan Scirocco dengan
pakej R-line ini menjadi sebagai perhatian ramai terutama semasa berhenti di
lampu merah.
Keluaran Volkswagen Scirocco R Line ala kereta
lumba ini merupakan sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan kita memikirkan
bahawa dengan prestasi tinggi ini, penggunaan bahan api pun bertambah. Model
keluaran generasi ketiga juga dikenali sebagai “Mark 3” ini tidak sama seperti
model sebelumnya, ianya disifatkan memberikan penjimatan penggunaan bahan api
anggaran 6 liter bagi setiap 100 kilometer.
Model ini dipadankan dengan 18 inci 'Interlagos'
roda aloi membawa ke ego-an pemilik Scirocco, stereng kulit, brek handle tempat
letak kereta dan shifting lever grip,
kerusi sport jenis bucket, dan sistem
audio 'RCD510' dengan 8 speaker, sistem Brek Anti-Kunci (ABS), enam beg udara
dan banyak lagi.
Model Scirocco menawarkan keseronokan memandu, reka
bentuk yang menarik, teknologi mewah seperti enjin 1.4 TSI bersama transmisi
7-kelajuan DSG dual-clutch. Ianya turut dilengkapi dengan turbocharged yang memberikan
kuasa setinggi 160 bhp.
Bukan itu saja, untuk bahagian dalaman, ia turut
dilengkapi dengan pakej R-Line termasuk tempat balutan fabrik Alcantara, roda stereng sport balutan
kulit dan pedal keluli. Selain itu, kekemasan Black Lead Grey, hiasan Piano
Black, jaluran berwarna hitam dan plat lambang R-Line.
Bagi penulis, Volkswagen Scirocco merupakan sebuah
kereta lambang kemegahan seseorang individu anak muda yang mempunyai gaya
tersendiri yang menginginkan kelajuan, sportif, mewah, dan berteknologi tinggi.
Kesemua ini boleh didapati didalam Volkswagen Scirocco.
Sila ambil perhatian semua wanita bagi peminat kereta Beetle pula. Rasai sendiri Beetle 1.4 di jalan-jalan raya yang menjelaskan tarikan terhadap keanggunan kereta tersebut!
Beetle terbaru dan yang dipertingkatkan sudah pasti menarik perhatian ketika ia memotong kereta-kereta di lebuh raya dengan 4 silinder, enjin sejajar petrol dengan 16 valve yang sudah pasti membawa awda kepada temu janji menarik seterusnya! Tidak lupa bentuk melengkung dan bulat di bahagian luarnya yang menarik perhatian orang ramai. Jika itu tidak mencukupi pemandu, Volkswagen turut melengkapi dengan 18 inci tayar Aloi menambah kecantikan sebuah kereta idaman wanita.
Tetapi ia bukan hanya bahagian luaran yang penting tetapi juga bahagian dalaman Beetle yang memberikan kemantapan! Duduk di atas kerusi kulit dan memandu dengan bumbung suria di pasang bagi merasakan tiupan angin di rambut awda adalah satu pengalaman yang belum dirasakan sebelum ini dalam Volkswagen Beetle 1.4. Sama ada awda membuat perjalanan bersama rakan atau memandu bersendirian, perjalanan sudah pasti dirasakan hebat dengan Beetle terbaru ini.
Dan jika lupa menyeluk dompet bagi kunci kereta kerana sistem akses tanpa kunci bagi keselamatan kurang menyukarkan. Tidak perlu lagi menyelongkar beg anda untuk mencari kunci, cuma duduk dan tenang sambil memandu.
Jika awda berminat dengan pergerakan bertenaga, efisien bahan api, bergaya bagi memulakan perjalanan bersama teman awda, Beetle 1.4 sesuai untuk awda! Kunjungi Bilik Pameran Maju Motors Volkswagen di Jalan Telanai untuk mencubanya dan pulang dengan memandunya.
Sebagai seorang penulis wanita, saya sangat berminat dengan penampilan Beetle 1.4. Bukan sahaja kompak dan versatil, tetapi juga mempunyai penampilan feminin yang sesuai mengikut personality masing-masing. Bahagian dalaman pula, kerusi kulit memberi gaya dibahagian dalamannya.
Tambahan lagi, dengan kelengkapan skrin sentuh, pemandu hanya perlu memandu menggunakan navigasi atau music dengan mudah. Yang mana ianya sangat penting bagi saya sendiri menikmati pemanduan menggunakan musik dan memainkannya menggunakan iPod dan iPhone melalui sambungan multimedia AUX-IN.
Dan jika saya lewat untuk bertemujani, saya merasakan Beetle 1.4 mampu membawa saya ke destinasi yang saya perlukan dengan sekajap mata. Enjin sangat berkuasa dan juga licin walaupun saya menekan ketahap maksima, kereta tersebut bergerak tanpa gegaran terutama perjalanan lebuhraya.
Walaubagaimanapun, ruang kaki kereta agak sedikit sempit yang boleh membawa masalah jika perjalanan beramai. Tetapi bonet bahagian belakang Beetle boleh dibesarkan dengan melipat tempat duduk belakang yang memberi ruang luas untuk menyimpan barangan di belakang.