Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Hyundai Motors telah banyak membuat perubahan dari segi keluaran model-model terkini berbanding model 10 tahun lalu.
Bagi menambah kecemerlangan mereka, Hyundai memperkenalkan sebuah lagi model terbaru ‘Hyundai Tucson’ terbaru kini didatangkan dengan versi Diesel. Kereta ini menjadi salah satu model Hyundai yang paling popular, SUV bersaiz sederhana ini mula diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2012 dan sehingga kini telah mencatat jualan antara yang terbaik dalam segmen tersebut.
Selain itu dibahagian luar mempamerkan keanggunan di bahagian luar dan reka bentuk sebuah kereta masa depan, menonjolkan penampilan yang kemegahan, keras dan athletic.

Model Tucson
yang dimuatkan dengan enjin 2.0L CRDi Diesel Turbo dengan 6-kelajuan transmisi
ini turut menerima penambah baikan elemen termasuk lampu siang LED jenis
projection dan tempat duduk balutan kulit untuk semua variannya. Selain itu,
peminat kereta ini boleh memilih sama ada menggunakan transmisi Manual atau
Automatik.
Keselesaan kereta bukan sahaja terletak dari prestasi kereta bahan ruang dalam dan tempat duduk berbalut kulit yang boleh dikawal secara elektronik juga tidak sesekali menyebabkan bosan terutama pada perjalanan jauh. Kereta yang boleh membawa kemana sahaja awda inginkan Hyundai Tucson terbaru ini turut dilengkapi dengan sistem Audio, system kawalan jauh tering, sistem perjalanan berkomputer.
Bagi keselamatannya pula, Tucson bersedia memberi keselamatan berkualiti terutama semasa dalam kecemasan termasuk Down-Hill Brake (DBC), Hill-Start Assist Control (HAC), Electronic Stability Control (ESC). Selain itu ianya dimuatkan dengan enam sistem bag udara bagi sebarang kesan kemalangan, kawalan Auto-Cruise dan sistem bantuan letak kereta (RPAS) bagi model High-Spec.
Untuk menyaksikan lebih lanjut mengenai model terbaru Hyundai Tucson 2.0L Diesel, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd terletak di Perindustrian Beribi semasa waktu pejabat.