Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Seramai 97 pengunjung menyertai kempen uji pandu Citroen berlangsung selama sehari hari ini bermula dari 10 pagi hingga 4 petang di Starbucks, Beribi.
Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad akan berjalan bermula 7 Disember 2015 hingga 31 Julai 2016 nanti untuk memberi peluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen C3 secara percuma.
Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik akan layak untuk cabutan bertuah yang akan diadakan pada bulan Ogos 2016 nanti.