Pengedar tunggal kereta Peugeot, T.C.Y Motors semalam menjemput media-media tempatan dengan memperkenalkan model terbarunya Peugeot 308 hatchback yang lebih elegan dan sportif, di Bilik Pameran TCY Motors, Kiarong.
Selain mengenali
fungsi sebenar mengenai kereta yang pernah memenangi Anugerah Kereta Terbaik
Tahunan Eropah 2014 di Pameran Kereta Geneva. Media juga diberi peluang untuk
membuat uji pandu khas bagi memahami
pelbagai teknologi canggih ada pada model terkini ini.
Perjalanan uji
pandu Peugeot 308 membawa ke perjalanan melebihi tiga batu bermula dari bilik
pameran menuju ke lebuhraya tungku link dan membawa balik ke lokasi awal.
Permanduan menggunakan Peugeot 308 amat selesa walaupun pada kelajuan tahap
tinggi kereta tersebut mampu memberi kepastian kestabilan dan keselamatan
pemandu serta penumpangnya.
Secara umum, 308
dinilai sebagai sebuah kereta gabungan kekeluargaan dan kesukanan, walaupun
ianya berbentuk agak kecil tetapi fungsi teknologi terkini dapat memudahkan
pemandu untuk menggunakan kereta ini terutama pemandu wanita.
Ruang dalaman
hatchback direka dengan i-Cockpit yang menggabungkan empat elemen utama iaitu
stereng dengan lapisan kulit, panel papan pemuka yang sedikit tinggi, bahagian
pameran meter dan tengah yang cukup bergaya dan skrin sesentuh HD pelbagai
fungsi bersaiz 9.7 inci. Selain itu, pemandu wanita juga dapat menggunakan
teknologi parking secara automatik yang mana dengan hanya menekan punat dan
mengikut arahan yang disediakan di skrin tersebut, 308 akan meletakkan kereta
tanpa bantuan pemandu memegang stereng.
Manakala dari segi
kuasanya, ia dimuatkan dengan enjin 1.6L THP 150 empat silinder yang mampu
menghamburkan kuasa sehingga 165 kuasa kuda pada 5,000rpm dan tork setinggi
240Nm pada 1,450rpm, yang berintegrasi dengan kotak gear automatik Tiptronic
enam kelajuan.
Peugeot 308 terbaru
ini juga digayakan lampu berteknologi LED di depan dan belakang, rim aloi
bersaiz 18 inci dan tayar Michelin.
Dari segi
keselamatan pula, ia lebih meyakinkan pemandu dengan pek bantuan pemandu yang
cukup efektif seperti Kawalan Kelajuan Dinamik, Amaran Perlanggaran kecemasan
dan Brek Pelanggaran Kecemasan.