Mohd Razali bin Hj Junaidi muncul sebagai pemenang utama menenangi hadiah berupa tiket penerbangan untuk 2 orang bagi menyaksikan pembukaan perlawanan UEFA EURO Cup 2016 di Perancis. Beliau memenangi hadiah tersebut setelah berjaya menjadi pemenang dalam cabutan utama KIA Lucky Drive To France baru-baru ini di Bilik Pameran KIA, Beribi dianjurkan olehGrand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama dengan UEFA EURO 2016, acara bola sepak terbesar di Eropah.
Manakala, ditempat kedua dimenangi oleh Nicholas Stuart Hendry memenangi membawa pulang Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, diikuti dengan pemenang ditenpat ketiga oleh Nati Binti Sumarto yang membawa pulang Samsung Galaxy S6 Edge+ 32GB. Hadiah-hadiah lain turut dimenangi seperti Samsung Gear S2 Watch Smart, dan Samsung Galaxy Tab S2 kepada pemenang bertuah.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan inisiatif pemasaran sukan Kia dan memperkayakan pengalaman memandu pelanggan. Promosi ini dibuka untuk pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Kia dari 1 Mac hingga 30 April 2016.
Hadir semasa cabutan adalah Pegawai Jualan Baiduri Finance, Md Saabeq Chong, Solon Chong dan Pengurus Jualan, Hj Muhd Ali bin BM Hj Metussin. Turut hadir ialah wakil daripada BIBD AT-Tamwil, Timbalan Ketua Pemasaran, Asharul Bin Norshari dan Ketua Pemasaran dan PR, Firdaus Mokim.
Selain cabutan utama ini, Grand Motors Sdn Bhd turut melancarkan Kia Cerato yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru estetik yang sporty dan pasti akan menangkap hati generasi muda dan yang berjiwa muda. Pelanggan yang berminat boleh mengunjugi mana-mana bilik pameran Kia atau hubungi 2453101 untuk penempahan ujian memandu.