Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 15, 2016

Motor Show Antarabangsa Busan 2016

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
  
KOREA SELATAN - Dengan tema “Inspiring Technology Making Waves in the Future”. Hyundai Motors selaku salah sebuah penghasil kereta terbesar di Korea menampilkan beberapa jenis kereta Hyundai di Motor Show Antarabangsa Busan 2016 (BIMOS 2016).

Sebanyak 11 buah Negara menyertai pada tahun ini, lebih 1,000 ahli media tempatan dan luar serta para eksekutif dari syarikat yang menyertai termasuk wakil dari Syarikat Setia Motors Sdn Bhd diberi peluang untuk bersama-sama media dari United Daily (B) dan Mantuka membuat liputan mengenai upacara itu.

Tahun ini adalah sebagai tahun penting bagi Korea yang mana Syarikat Hyundai Motor melancarkan keluaran terbaru kereta mewah Genesis G80 Sedan di Motor Show berkenaan, G80 sebagai versi facelift dari Genesis DH  menjadi model pertama premium G-Series yang akan dipasarkan selepas Motor Show tersebut.

Dua model ditambah dalam barisan Genesis iaitu G80 dan G80 Sport. Genesis akan memperkukuhkan lagi kehadirannya di pasaran global. G80 dan G80 Sport terbaru duduk dibawah model perdana sedan mewah G90 yang mula dijual sejak tahun lepas.

Manfred Fitzgerald, Ketua jenama Genesis berkata, “Visi kami menjadi yang tulen dan relevan jenama mewah gobal dengan menyalurkan produk dan perkhidmatan terbaik. Kami berusaha untuk menjadikannya perbezaan positif dalam kehidupan pelanggan kami, dan menjadikan sebagai elemen penting dalam gaya hidup mereka. Ianya bermula dari desain terbaik sebab itu kenapa kami sebagai jenama menumpukan kepada desain”.

Beliau menambah, “Automobil mewah seharusnya mempunyai keselesaan elegan dan eksklusif. Setentunya, desain terbaik dapat dirasa dalam pandangan pertama”.

Depan G80 menampilkan gril radiator tiga dimensi duduk diantara lampu utama LED yang direka secara indah.

Dimuatkan dengan 18” tayar aloi ianya direka untuk memberi gaya, keselesaan dan pemanduan dinamik, Genesis G80 menekankan kepada ukurannya dengan sisi dan belakang kereta mempunyai warna krom yang dipertingkatkan. Manakala, dibahagian dalam dimuatkan dengan bahan-bahan terbaik kepada kawasan yang biasa disentuh.

Model mewah ini dilengkapi dengan enjin 3.3 liter GDi dan enjin 3.8 liter GDi yang digabungkan dengan lapan kelajuan transmisi automatik.

Tambahan lagi, teknologi inovatif turut dilengkapi di dalam model G80. Bagi memastikan keselamatan pemanduan. Ianya mempunyai teknologi keselamatan aktif, termasuk Advanced Smart Cruise Control (ASCC), LKAS (Lane Keeping Assistance System) dan DAA (Driver Attention Alert).

Genesis G80 akan mula dijual di pasaran Korea pada Julai 2016 dan akan dilancarkan di Negara-negara utama termasuk Amerika Syarikat, Russia dan Timur Tengah tahun ini.



Hyundai N 2025 Vision Gran Turismo
Antara jenama yang menyertai BIMOS 2016


Antara jenama yang menyertai BIMOS 2016

Antara jenama yang menyertai BIMOS 2016


Antara jenama yang menyertai BIMOS 2016