Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal jenama Citroen menjemput 50 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ pada hari ini di Bilik Pameran Citroen, Beribi.
50 dari 600 pelanggan yang menjalankan uji pandu Citroen dan barisan DS telah dipilih dari cabutan awal yang berlangsung hari ini disempurnakan oleh perwakilan Bank dan disaksikan oleh Pengurusan Grand Motors dan para ahli-ahli media.
Nur Imanina binti Haji Sazali, seorang petugas sumber tenaga manusia di sebuah syarikat swasta yang baru tidak menyangka menjadi pemenang bertuah dalam cabutan akhir promosi ‘Beli dan Menang’ setelah beliau berjaya menekan kunci kereta sebenar dari tiga pelanggan lainnya yang dipanggil kehadapan untuk mencuba nasib mereka.
Nur Imanina yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan berkata, "Mungkin ini sebagai rezeki perkahwinan saya baru-baru ini," tidak mengangka sekaligus sangat gembira memenangi sebuah kereta Citroen DS3 setelah membeli kereta Citroen DS5 semasa promosi dijalankan sebelum ini.
“Saya dan keluarga saya berminat dengan DS5, dan memang didalam fikiran untuk membeli kereta tersebut sebab itu kami memilih DS5 sebab pelbagai fungsi moden termasuk fungsi kerusi urut dan reka bentuk elegan membuat kami terpikat dengan kereta itu”.
Selain itu, Saiful Hamri bin Ismail selaku pemenang bertuah promosi ‘Uji Pandu dan Menang’ juga mendapat nasib lumayan setelah membawa balik sebuah kereta Citroen C3 dengan hanya menjalankan uji pandu semasa promosi tersebut dijalankan.
Saiful Hamri diwakili oleh bapa mentua beliau, Abdul Rahman berkata beliau sangat bersyukur memenangi sebuah kereta baru dengan hanya menyertai promosi syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.
“Bagi mewakili menantu saya, hari ini sangat bertuah bagi beliau kerana memenangi sebuah kereta, beliau ketika ini sedang bertugas dan akan mengetahui hadiah beliau menangi semasa balik nanti”, kata Abdul Rahman.
Dalam cabutan itu, ia juga diteruskan dengan penyampaian pemenang selfie instagram promosi ‘Beli dan Menang dan Uji Pandu dan Menang’ dimenangi oleh nama samara instagram @conskyo.
Hadiah-hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Frankie Ho dan Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sangamara Diraja Major General (R) Pengiran Haji Ibnu Basir, Pengurus Jualan Citroen, Zen Thea bersama perwakilan-perwakilan Bank.
Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad telah berlangsung sejak 7 Disember 2015 hingga 31 Julai 2016 lalu untuk memberi peluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen C3 secara percuma.
Tambahan lagi, pelanggan yang mengambil gambar selfie dengan mana-mana model kereta Citroen atau DS sepanjang promosi tersebut and memuat naik ke social media dengan menggunakan hashtag yang disediakan, juga akan berpeluang untuk memenangi iPad Mini 4 64GB wifi.
Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama-jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.
Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran akan kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, disamping itu juga untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama Perancis ini.
Citroen dan barisan DS mengalu-alukan orang ramai yang ingin mencuba pengalaman memandu kereta berunsurkan kepada kemewahan dan prestasi. Kunjungi bilik Pameran Citroen atau hubungi 2450257 untuk keterangan lanjut.