BMW Brunei,
Syarikat QAF Auto Sendirian Berhad dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah
Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan kempen derma
darah di Bilik Pameran BMW, Perindustrian Beribi pada 27 ogos ini dari jam 10
pagi hingga 2 petang bagi membantu menambah keperluan darah yang semakin meningkat di Negara ini.
Kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan stok darah di pusat berkenaan dan meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menderma darah.
50 penyumbang
awal akan menerima bag hadiah dari BMW dan jamuan juga akan disediakan.
Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah pada tarikh, waktu dan tempat yang telah ditetapkan.
Untuk
keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi ditalian 2453377 sambungan 626
atau mengunjungi bilik pameran berkenaan semasa waktu pejabat.