Chevrolet
Brunei melancarkan promosi ‘The GR8 Chevrolet Deals’ pada kesemua model
Chevrolet bermula hari ini hingga 31 ogos nanti.
Semasa
promosi dijalankan, pelanggan boleh menikmati 5 bulan bayaran ansur percuma
termasuk perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma hingga 7 kali. Selain
bayaran ansuran dan perkhidmatan penyelenggaraan percuma, pelanggan juga boleh
memilih sama ada memilih dari promosi tersebut atau baucer membeli-belah
bernilai B$2,000.
Eksekutif Pemasaran Chevrlet Brunei, Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim semasa
menjelaskan di sidang media yang diadakan di Bilik Pameran Chevolet Brunei,
Beribi, setiap model Chevrolet mempunyai keistimewaan tersendiri yang
membuatkan lebih menarik tidak kira desain dan ruang dalamannya.
Chevrolet
Spark yang dianugerahkan sebagai ‘10 kereta ruang dalaman terbaik pada tahun
2013’, kereta tersebut menjadi terbaik dalam penjimatan minyak dengan
penggunaan 4.8 liter sahaja dalam perjalanan 100 kilometer. Sekarang pelanggan
boleh menikmati lima bulan bayaran ansuran percuma dan tiga kali perkhidmatan
penyelenggaraan percuma.
Chevrolet
Cruze dan Sonic menjadi model popular dinegara Brunei Darussalam turut
mempunyai promosi empat bulan bayaran ansuran percuma tambahan empat kali
perkhidmatan penyelenggaraan percuma. Cruze setakat ini Berjaya menjual 3 juta
unit seluruh dunia sejak ianya dilancarkan pada tahun 2014 hingga kini.
Model
tersebut menjadi pilihan terbaik di Amerika Syarikat oleh kerana keluasan ruang
kaki, kepala dan ruang bahu termasuk badan yang lebih lebar berbanding segmen
lainnya.
Selain
itu, pelanggan yang membeli model Chevrolet Malibu akan menikmati tiga bulan bayaran
ansuran percuma termasuk lima kali penyelenggaraan percuma dengan 18” rim sport
secara percuma. Malibu menawarkan enam bag udara dan dilengkapi dengan fungsi
keselamatan aktif seperti Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce
Distribution (EBD), Brake Assis dan Kawalan Traction.
Bagi
model 7-tempat duduk, Chevrolet Orlando dan Captiva, Chevrolet Brunei
menawarkan tiga bulan bayaran ansuran percuma termasuk lima kali perkhidmatan
penyelenggaraan percuma. Chevrolet Orlando sebuah kereta kompak yang boleh
mengangkut tujuh penumpang secara selesa dan tempat duduk ala teater untuk
member pemandangan depan dan sisi lebih jelas tanpa menjejaskan ruang kepala.
JIka
membeli Chevrolet Captiva pelanggan akan diberikan tambahan sensor undur
percuma. Captiva juga telah menawan hati pelanggan di Brunei dengan
kemampuannya.
Apa
yang menarik lagi, pelanggan akan menikmati empat bulan bayaran ansuran percuma
dan empat kali perkhidmatan penyelenggaraan percuma dalam pembelian Chevrolet
Spin. Spin sebagai kereta pertama mempunyai transmisi 6-kelajuan automatic
dalam kompak MPV direka khas untuk yang bekerluarga.
Jika
berminat dengan tawaran ini, orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran
Chevrolet di Sumbangsih Beribi atau menghubungi 2426203.