Setelah
berjaya menarik jualan Hyundai Elantra jenerasi keenam yang baru sahaja
dilancarkan April lalu.
Kini
syarikat Setia Motors Sendirian Berhad memperkenalkan tawaran tambahan kit
badan secara percuma bagi pelanggan yang membuat pembelian Hyundai Elantra
bermula 1 ogos hingga 30 September ini nanti.
Dengan
tambahan kit badan tersebut elantra akan nampak lebih sportif dan bergaya
mengikut dari tiga pilihan pakej Aero kit badan yang mereka inginkan.
Elantra
diperkenalkan lebih 25 tahun dan berjaya dijual lebih 10 juta unit. Elantra
juga menerima pelbagai anugerah termasuk kereta terbaik Amerika Utara, Kereta
Terbaik Afrika Selatan 2012 dan peringkat tertinggi dalam segmen kereta kompak
berkualiti 2014 menurut J.D. Power and Associates.
Setiap
jenerasi sebelum ini telah menyumbangkan kepada peningkatan popular dan hari
ini Elantra menjadi sebuah model dari jenama Hyundai yang mempunyai jualan yang
terbaik Elantra
serba baru ini sebagai jenerasi keenam memperkenalkan standard terbaru bagi
kereta jenis kompak sedan dipertingkatkan dari segi penimatan minyak,
keselesaan dan keselamatan.
Dalam
mencapai teknologi terbaik dunia, Elantra terbaru ini ditambah dengan standard
teknologi keselamatan termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam
Assist (HBA), Pengesan titik buta (BSD), Bantuan Penukaran Jalan (LCA), dan
Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Selain itu, pemilik kereta nanti akan mempunyai
sistem audio jenama Harman memberi suara audio berkualiti.
Kuasa
Elantra dari 1.6 litre Multi-Point Injection (MPI) digabungkan bersama enam
kelajuan transmisi automatik mempunyai kuasa sehingga 126 kuasa kuda.
Setentunya cukup untuk memberi kuasa yang diperlukan dalam perjalanan seharian.
Dibina
20 milimeter lebih panjang dan 25 milimeter lebih lebar dari jenerasi sebelum
ini, ini bermakna Elantra terbaru menyalurkan ruang yang lebih besar dan 32
peratus daripadanya dilengkapi dengan besi High-Strength berbanding dengan
Elantra lama memberi keselamatan pemandu dan penumpang kepada lebih selamat.
Kereta
yang mempunyai desain menarik ini direka secara sportif dan moden dibawah
konsep ‘Evolved Fluidic Sculpture Design Styling’, kini tampil dengan penampilan
bantuk tajam berbanding model sebelum ini manakala perubahan Nampak dibahagian
depan seperti bampar, jeriji, lampu kabus dan lampu utama projector digabungkan
bersama lampu LED.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan
model Hyundai Elantra serba baru ini di bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd
semasa waktu bekerja.