Pelancaran Syarikat sewa kereta Better membawa sejarah baru kepada negara Brunei Darussalam yang menyediakan tawaran penggunaan kereta sewa dengan pelabgaai kemudahaan dan manfaat.
Pelancaran Better disempurnakan semalam oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Laila Jasa Haji Mustafa bin Haji Sirat pada di Pusat Membeli Belah Times Square Berakas, yang mana diteruskan dengan Better Ekspo sehingga 4 Disember ini.
Hadir sama
di majlis pelancaran berkenaan ialah pengerusi Autoriti Perlesenan Pengangkutan
Bermotor, pegawai dan kakitangan kanan kerajaan, ketua-ketua pegawai eksekutif
dan wakil daripada pengedar kereta.
Ekspo yang
turut dilancarkan hari ini itu mempamerkan pelbagai jenis jenama kereta mewah
dan sederhana termasuk Audi, BMW, Toyota, Hyundai dan Volkswagen.
Menurut
Pengarah Urusan BIBD dan juga selaku Pengerusi Better, Mobashar Khohar, model
perniagaan Better meskipun masih baru di Negara Brunei Darussalam akan tetapi
sudah sekian lama wujud dan terkenal di negara-negara peneraju seperti United
Kingdom memandangkan peraturannya sangat fleksibel untuk pelanggan dan rendah
bayaran.
Syarikat
Better ini antara lain bertujuan untuk memberikan yang terbaik kepada
pelanggannya dengan pulangan yang menguntungkan serta tidak merugikan para
penyewa.
Dengan
menyediakan beberapa pakej, para penyewa juga berpeluang untuk memilih
kereta-kereta yang mereka kehendaki tanpa melalui pengurusan rumit, hanya cukup
dengan menyediakan kad pengenalan pintar, kad kredit dan seterusnya memandu
kereta yang disukai.
Pelan
sewa kereta Better juga membolehkan para penyewa memilih pakej sewaan yang terbaik
bagi mereka. Dengan sistem pelan Pay-As-You-Go, pelanggan tidak akan terikat
dan mereka dengan mudah untuk memilih berapa lama pelan sewa yang diperlukan
daripada Syarikat Better dengan Pelan ‘Mileage’ yang sesuai untuk mereka.
Beliau
juga berkata, setakat ini produk syarikat Better telah mendapat sambutan yang
cukup menggalakkan daripada korporat swasta dan kerajaan, kedutaan dan juga
penduduk Negara Brunei Darussalam.
“Insya-Allah,
Better juga sedang giat mengkaji untuk melebarkan dan meluaskan lagi model perniagaan
ke pasaran antarabangsa,” tambahnya.
Sementara
itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Syarikat Better, sistem penyewaan kereta
Better adalah sangat mudah, pelanggan tidak lagi perlu melalui pelbagai urusan.
Syarikat Better juga menawarkan pengurusan penyelenggaraan kereta seperti
memastikan tayar dalam keadaan selamat, pengurusan insurans dan banyak lagi.
Media
Permata juga berkesempatan menemu bual salah seorang pelanggan, Dayangku
Alliwaty Ashanti binti Pengiran Bahar Ali yang berkata, tawaran Syarikat Better
memang sangat bagus bagi mereka yang memerlukan kereta tanpa perlu bersusah
payah menyediakan pelbagai surat-suratan untuk kegunaan bank.
"Dengan
syarikat Better, hanya memerlukan beberapa langkah mudah sahaja. Segala urusan penyelenggaraan
akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Better, saya tidak perlu untuk
bersusah payah menguruskan pengurusan insurans dan sebagainya. Dan ini amat
menyenangkan dan memudahkan urusan seharian saya,” ujar beliau.