20 pelanggan terpilih dalam program cabutan
awal promosi ‘Ulang Tahun KIA ke-20 tahun’ yang diadakan pagi tadi di bilik
Pameran KIA, Beribi.
Cabutan-cabutan pelanggan terpilih itu disempurnakan
oleh wakil-wakil perbankan dari Pegawai Jualan Baiduri Finance, Mohammad Saabeq
Chong B Haji Mohd Zaini dan Pengurus Jualan Luar BIBD At-Tamwil Berhad, Mohamd
Asmali bin Razali.
Mereka akan dihubungi untuk mengikuti
cabutan akhir promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20 tahun’ pada 13 Januari ini nanti
diadakan di tempat yang sama untuk mengetahui pelanggan mana yang akan
memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Carnival
2.2L SX (A) CRDi.
Seramai 400 penyertaan pelanggan dari
Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20
tahun’ yang telah membeli kereta jenama KIA dari 1 September hingga 31 Disember
2016 lalu. Selain memenangi sebuah kereta jenama KIA, pelanggan-pelanggan
terpilih itu akan berpeluang memenangi hadiah lainnya berupa produk Apple, gajet Samsung dan
melancong ke Seoul ,Korea Sealatan untuk dua orang.