Gambar dari : Grand Motors Sdn Bhd
Grand Motors
Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam diberi
penghormatan setelah satu-satunya Negara menerima anugerah KIA Platinum
Prestige semasa Majlis KIA Dealer of the Year 2016 pada 28 Januari lalu di
Melbourne, Australia.
Anugerah
disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Timur Tengah & Afrika, Asia &
Pasifik, KIA Motors Corporation, Jack (Jin Ha) Kim kepada syarikat Grand Motors
Sdn Bhd diatas permohonan standard yang sangat baik (excellent standard
application), prestasi dan kepuasan pelanggan mengikut standard peniaga global
KIA.
Dari 27
negara, KIA Motors Brunei dari Negara Asian menerima pengiktirafan tersebut.
Kegembiraan dan kepuasan dapat dirasakan oleh Pengarah Urusan Grand Motors,
Frankie Ho.
Beliau
berkata, “ ia sebagai satu penghormatan dan pencapaian bagi kami untuk menerima
anugerah seumpama. Pengurusan dan ahli kakitangan KIA Brunei telah bekerja
keras member produk berkualiti bertaraf dunia dan perkhidmatan terbaik untuk
pelanggannya”.
Disahkan
melalui program penilaian menyeluruh KIA, Grand Motors dipilih sebagai penerima
anugerah peniaga Prestij Platinum diatas kecemerlanganm proses, pengurusan dan
prestasi tersendiri diantara pengerdar KIA diseluruh dunia.