Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, February 11, 2017

Kia Cerato dengan enjin baru GDI




Bagi generasi keduanya, Kia Motors Brunei hari ini memperkenalkan Kia Cerato Koup terbaru dan lebih garang yang dibekalkan dengan enjin daripada rangkaian kuasa 1.6 liter Turbo GDi memberi tenaga mantap.

Kuasa disalurkan sehingga 204 PS dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan membolehkan ia memecut antara 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam 7.4 saat.

Seperti kereta Kia lain, pe­ngendaliannya dianggap selesa dan yakin apabila stereng boleh diubah mod Normal, Comfort dan Sport. Pada kelajuan tinggi, mod Sport sangat sesuai digunakan kerana sterengnya terasa lebih berat.

Secara pandangan kasar, ia tampak seperti Kia Cerato namun kereta kategori coupe itu lebih garang apabila jeriji depan dan bampar belakang dikemaskan dengan sentuhan gentian karbon.

Ketika memasuki ruang dalam kereta(kabin) warna dalamannya dikemaskan warna hitam dengan padanan material lembut di papan pemukanya. Dan kerusi kulit dijahit khas.

Bahagian tengah papan pemukanya dipadankan dengan skrin LCD 2.5 inci untuk sistem audio yang turut memaparkan imej kamera belakang.