Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, April 30, 2017

Pelancaran BMW 5 Series Generasi Baru


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Pengedar rasmi jenama BMW di Brunei Darussalam, QAF Auto Sdn Bhd, telah melancarkan BMW 5 Series generasi terbaru di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi, Gadong semalam.

Hadir bagi merasmikan pelancaran model terbaru itu ialah Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Roland Christian Grafe, Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan dan Pengurus BMW Kawasan Asia, Joanna Sia.



Terdapat tiga jenis varian yang dilancarkan pada malam itu. Barisannya terdiri daripada 530i M Sport dan 530i Luxury yang dimuatkan dengan enjin 2.0 liter empat silinder BMW TwinPower Turbo Technology dengan kekuatan 252 kuasa kuda dan 520d Luxury yang dimuatkan dengan enjin empat silinder Diesel dengan kekuatan mencapai 190 kuasa kuda.

Dalam majlis tersebut, para pengunjung dan jemputan bukan sahaja berpeluang menyaksikan keluaran sedan mewah terbaru bahkan mengambil pengalaman fungsi-fungsi teknikal di stesen interaktif.

Para pengunjung juga menyaksikan maklumat menyeluruh mengenai dedikasi dan inovasi yang telah disalurkan dalam membangunkan kenderaan ini.

Selain itu, para pengunjung boleh mempelajari tentang sejarah enam generasi BMW 5 Series sebelum ini.



Model terbaru ini juga dilengkapi dengan teknologi Pakej Ambient Air sebagai pakej pilihan tambahan, di mana dengan hanya menekan punat, haruman akan mengisi ruang dalaman kereta.

Pada majlis itu, para pengunjung juga boleh mencuba kesemua lapan jenis wangian di pelancaran tersebut.

Dengan jualan sebanyak 7.9 juta unit dijual pada akhir tahun 2016 secara global, di mana generasi keenam sahaja telah mencatat jualan lebih 2.1 juta unit, menjadikan BMW 5 Series model jualan terunggul dalam segmen premium.



BMW 5 Series generasi ketujuh ini sedia untuk mempertahankan keunggulan dan memperkenalkan fungsi inovasi terbaru seperti BMW iDrive yang memberikan kandungan langsung bersama fleksibiliti konfigurasi peribadi; Parking Assistant Plus yang membolehkan kereta meletak kenderaan secara automatik tanpa kawalan pemandu dan kamera BMW Surround View yang memberi gambaran penuh sekeliling kereta pada paparan skrin kereta.




BMW 5 Series akan dipamerkan secara khas sehingga hari Ahad, 30 April ini dan dibukakan kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 5 petang.