Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, May 10, 2017

Jerayawara Kia on Tour di The Mall dari 10-14 Mei


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Kia di Brunei Darussalam sekali lagi mengadakan jerayawara Kia on Tour 2017 (KOT 2017) bermula hari ini, 10 Mei hingga 14 Mei 2017 berlangsung di The Mall, Gadong.

Jerayawara selama lima hari itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam diruang legar Mall tersebut adalah sebagai kempen global Kia, sempena sambutan ulang tahunnya ke-21 dengan mempamerkan pelbagai model terbaru Kia seperti Optima, Cerato, Sportage, Picanto dan Rio model terkini yang ada di pasaran negara ini.





Jerayawara KOT 2017 turut menyediakan sudut kanak-kanak bagi, kanak-kanak yang ingin melukis atau mewarna secara percuma.




Semasa jerayawara dijalankan, pelanggan yang membeli kereta Kia akan menerima baucer membeli-belah percuma, dua tahun insuran tahunan percuma dan baucer wang tunai selaras dengan promosi kedatangan Hari Raya Aidilfitri.







Kia on Tour memasuki tahun keempat membawa kereta-kereta kia ke pasarannya dijalankan seluruh dunia bermula dari Mei hingga Oktober 2017. Kia juga akan membuat lawatan ke daerah-daerah di Brunei Darussalam iaitu Brunei Muara, Tutong dan Kuala Belait.

Kia On Tour 2017 adalah projek jerayawara terbesar secara global dijalankan oleh Kia Motors Corporation di Korea bagi membolehkan penduduk dirangkaian pengedar di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik merasa dan mengambil pengalaman Kia.

Orang ramai juga dijemput untuk membuat uji pandu di sesi uji pandu Kia on Tour yang akan diakadan di Pusat Seameo Voctech dari 9 pagi hingga 3 petang. Setiap pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model kereta Kia akan mendapat sebuah cenderahati merupakan satu Kia Smartphone Speaker eksklusif.