Jetta Sportline
terbaru model yang ditunggu-tunggu ditawarkan dalam barisan jenama Volkswagen
di Brunei mula diperkenalkan hari ini melalui Maju Motors Sdn Bhd selaku
pengedar tunggal jenama Volkswagen di Negara ini.
Maju Motors bermula
hari ini mengadakan pameran Volkswagen seama lima hari di Mall, Gadong dan buat
kali pertama Jetta Sportline dipamerkan kepada orang ramai.
Selain Jetta Sportline, Volkswagen Vento dan Golf juga turut dipamerkan. Pelanggan yang membuat pembelian semasa pameran itu dijalankan ada diberi kelebihan selepas kereta Volkswagen mereka berdaftar dan dihantar.
Ciri-ciri luaran Jetta Sportline jenerasi ke-6 memberi keanggunan abadi dan gaya dinamik.
Imej Jetta ini melambangkan keunggulan diletakkan di kelas kenderaan yang lebih
standard dengan penampilan yang lebih moden, bergaya dan sportif. Kini jeriji
depan berwarna chrome yang ada pada jeriji radiator dipadankan dengan
lambang VW baru berbentuk 3D dan lampu LED DRL depan dan belakang bersama lampu
kabus depan.
Di samping itu, Jetta mempunyai teknologi baru merupakan salah satu
kenderaan yang paling ekonomi dalam kelasnya. Selain daripada pengurangan
penggunaan bahan api yang sangat rendah, Jetta juga menyumbang kepada kos
penyelenggaraan yang rendah.
Jetta dilengkapi sepenuhnya dengan enam beg udara (beg udara untuk
pemandu dan penumpang depan, beg udara sisi di hadapan dan sisi beg udara
langsir di depan dan belakang) adalah standard. Selain itu, Jetta mempunyai
struktur kenderaan yang amat selamat.
Jetta dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI Turbocharger mempunyai tahap kuasa
setinggi 200 km/J, mengendalikan 0-100 km/j pecutan dalam 9.8 saat.hasil
bantuan kecekapan penukaran gear dipertingkatkan dari tujuh kelajuan transmisi
DSG itu.
Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi The Mall, Gadong atau
menghubungi 2655111 untuk sebarang pertanyaan atau permintaan membuat uji pandu
mana-mana model Volkswagen.