Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, September 8, 2017

Uji Pandu Hyundai Grand i10


Hyundai melalui Setia Motors Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model terbaru Grand i10 4 pintu dengan reka bentuk progresif, sportif dan ruang dalam yang lebih luas dan selesa. Ianya juga menuju ke tahap baru dengan menggabungkan kombinasi SENI dan INOVASI.

Grand i10 versi 2017 direka khas bagi mereka yang mempunyai status social yang tinggi, mengikut zaman kemodenan dan ekonomi. Walaubagaimanapun, kereta tersebut masih memegang konsep desain Fluidic Sculpture 2.0 yang memberikan 2017 Grand i10.

Model ini telah dihasilkan di India, Hyundai Grand i10 4 pintu ini menumpukan kepada kualiti, keselesaan, bergaya dan nampak premium dapat dilihat dari bentuk depan melalui desain gril krom yang lebih lebar ditambah dengan lampu kabus yang memastikan anda memandu dengan selamat semasa keadaan cuaca berkabus.

The Hyundai Grand i10 mengambil gaya ke tahap yang baru. Secara terperinci, reka bentuk bahagian luaran model ini telah direka untuk kesempurnaan dan menampilkan perasaan yang memuaskan pada semua orang yang memandangnya. Cermin luar yang aerodinamik dihiasi dengan lampu indikasi LED untuk penampilan yang lebih baik dan keselamatan pengguna. Roof rail diatas kereta ini menambahkan gaya sportif bagi melengkapkan watak luaran yang moden. Pemegang pintu bersalut Chrome memberikan pandangan premium kepada keseluruhan profil kereta dan mudah untuk dikendalikan.



Bahagian belakang ditawarkan lampu brek desain baru, bampar dua warna dan reka bentuk aerodinamik dibahagian cermin digabungkan dengan lampu indikasi. Reka bentuk roda aloi 14" berwarna hitam dan krom menampilkan keunikkan yang berlainan dan daya tarikan sporty dan dinamik. Reflektor bumper belakang yang besar membolehkan penglihatan yang sempurna untuk mengesan kenderaan dan memastikan keselamatan.

Grand i10 membuktikan bahawa kereta yang selesa dan luas, dilengkapi dengan ciri-ciri yang mencapai setiap jangkaan anda. Warna kabin, tekstur dan bentuknya menampilkan daya tarikan sukan dan boleh membuat kereta besar cemburu.

Kerusi yang mempunyai reka bentuk ergonomik dan kerusi belakang yang luas serta berkusyen dengan headrests yang boleh dilaraskan menawarkan tempat duduk yang cukup selesa. 

Ruang bagasi yang cukup luas untuk menampung bagasi hujung minggu anda, fungsi lipat bahagian kerusi belakang menambah ruang yang lebih luas. Radio + CD + audio MP3 menawarkan pengalaman muzik yang tidak berkesudahan dan dilengkapi dengan fungsi Bluetooth.




Hyundai Grand i10 ini dilengkapi dengan enjin 1.2 Liter Kappa Dual VTVT Petrol, keluaran sedan yang diperkenalkan kepada pihak Mantuka.com. Kereta ini mensimbolkan perubahan sebagai sebuah kereta keluarga sedan bergaya bagi anak muda dan keluarga moden.

Hyundai Grand i10 menggunakan teknologi terkini yang memastikan prestasi yang lebih tinggi, kecekapan yang lebih tinggi dengan kos operasi yang lebih rendah, menurunkan NVH dan pelepasan yang lebih rendah. Prestasi Grand i10 baharu mampu menghasilkan kuasa 83 kuasa kuda dengan 4,000 Nm tork tetapi pada waktu yang sama menjimat minyak melalui transmisi Automatik.

Tambahan lagi, fungsi ‘Wheel Air Curtain’ yang dimuatkan kedalam model terbaru ini memastikan kurangnya pergolakan udara dikawasan tayar menghasilkan peningkatan penjimatan bahan api, CD rendah ('Coefficinet of drag'), NVH rendah dan menstabilkan kereta semasa perjalanan laju.

Selain itu, Hyundai juga turut memperkenalkan model Grand i10 5 pintu serba baru. Grand i10 5 pintu dengan kuasa 1.0L petrol nampak lebih bergaya, berteknologi terkini dan dipertingkatkan dari segi keselamatannya.



Grand i10 5 pintu tidak jauh berbeza sama sekali dengan model Grand i10 4 pintu tetapi ia nampak lebih sportif dan aerodinamik oleh kerana tambahan rim aloi desain berlian yang sportif dan garisan di belakang kereta dilebarkan.

Dengan enjin 1.0 CVVT Petrol, Grand i10 4 pintu dengan transmisi Automatik mengeluarkan kuasa 68 kuasa kuda bersamaan 94 Nm kuasa tork. Pemilik kereta akan menikmati fungsi Bluetooth dengan Audio Streaming. Dari segi keselamatan, model 2017 ini menawarkan keselamatan beg udara berkembar dan Sistem brek anti-kunci (Anti-Lock Braking System). Sistem brek anti-kunci (ABS) menghalang kereta hilang kawalan dan mengekalkan keupayaan memandu kereta pada permukaan jalan licin. Ia juga membolehkan brek stabil dan menyekat roda daripada terkunci semasa brek kecamasan.


Gambar dari Hyundai Motor Company


Sempena dengan pelancaran ini, Setia Motors mengumumkan bagi pelanggan yang membuat pembelian Hyundai Grand i10 sama ada varian 4 pintu atau 5 pintu dari 1 Ogos hingga 31 Oktober, pelanggan akan layak untuk memenangi tiket penerbangan pulang balik ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk dua orang. Bukan saja itu, tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah tersebut.

Pemenang akan dipilih pada bulan November 2017 ini nanti.