Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, October 24, 2017

Berbagai Promosi Volkswagen

Syarikat Maju Motors Sdn Bhd menawarkan beberapa promosi di suku akhir tahun 2017.

Bagi promosi pertama, Maju Motors akan menyediakan sebanyak 165 hadiah untuk dimenangi setiap bulan. Beberapa pelanggan akan menerima hadiah-hadiah menarik dikhaskan bagi pelanggan yang membeli kereta Volkswagen dari bulan September 2017 hingga Januari  2018.



Selain itu, setiap bulan, seorang pelanggan bertuah akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak B$2,500. Jika itu tidak mencukupi, pada Januari 2018 nanti, seorang pelanggan bertuah akan memenangi hadiah utama berupa baucer membeli-belah bernilai B$5,000.



Promosi kedua merupakan promosi selepas jualan Vento juga dijalankan pada masa ini yang mana, peralatan yang rosak atau memerlukan pertukaran alat akan menerima 40 peratus potongan harga termasuk pemeriksaan percuma, cuci kereta percuma dan banyak lagi.



Promosi ketiga pula, Maju Motors juga memberi peluang kepada pemilik Volkswagen untuk memperkenalkan kereta-kereta Volkswagen, jika rakan atau keluarga pemilik membeli kereta Volkswagen, pemilik yang memperkenalkan itu akan menerima B$100.



Pelbagai jenis keluaran model Volkswagen terbaru ditawarkan pada masa ini, dengan bayaran ansuran percuma selama 1.6 hingga 3 bulan dan 3 kali perkhidmatan percuma dengan bulanan hanya B$298 sebulan.