Citroen C4 Cactus dilancarkan
baru-baru ini sebagai tambahan barisan model terbaru di dalam varian jenama Citroen
secara rasminya dipasarkan ke negara ini.
Citroen C4 Cactus
serba baru berkonsepkan kereta Crossover dipasarkan oleh syarikat Grand Motors
Sdn Bhd mempunyai kelainan dari model-model Citroen sebelum ini. Cactus yang
sangat popular di luar negara mempunyai reka bentuk unik kerana gaya penampilan
model ini seolah-olah desain masa depan (futuristic).
Kereta berbentuk
menyerupai kapal angkasa tidak hairan bagi model dihasilkan Citroen, dengan
tambahan lampu LED, 17” rim aloi ianya sememangnya unik dari kereta-kereta
lain.
Selain desain
tersendiri, model ini mempunyai ciptaan teknologi terbaru Citroen ‘Airbump’
yang mampu menjaga badan kereta dari kesan hempasan pintu badan kereta terutama
semasa membuka pintu kereta yang dilengkapi di bahagian depan dan tepi pintu C4
Cactus. Bahagian dalam model ini dilengkapi dengan sistem, kesemua fungsi
beroperasi melalui skrin sentuh ditengah papan pemuka berukuran 7” sebagai
kelengkapan standard kereta itu.
Walaupun dimuatkan
dengan 1.2L, model ini turut dibantu oleh sistem Turbocharged dengan 6-kelajuan
transmisi automatic. Model ini direka sesuai untuk kegunaan perjalanan Bandar,
perkampungan, penerokaan atau bekerluarga.
Walaupun Cactus jika dilihat tidak
mempunyai banyak fungsi seperti di dalam model lainnya, kereta ini masih menumpukan
kepada beberapa fungsi penting untuk keselesaan pemandu dengan prinsip ‘satu
butang sentuhan’.
Apa yang dimaksudkan itu ialah
seperti menekan penghawa dingin, menekan sistem audio dan keadaan kereta boleh beroperasi dengan satu
sentuhan sahaja melalui skrin sentuh tersebut
Kereta jenis Compact SUV ini turut
direka dengan kerusi kulit ditambah dengan tempat letak tangan ditengah memberi
kemewahan didalam kabin. Bercakap mengenai muatan penumpang dari pandangan
penulis, tempat duduk belakang boleh dimuatkan dengan dua penumpang iaitu empat
penumpang secara keseluruhan mempunyai tempat duduk luas untuk member
keselesaan penumpang untuk bergerak.
Walaubagaimanapun dengan secara
selesa, pemandu akan merasakan keseronokkan memandu dengan teknologi yang ada
didalam kereta itu seperti Sistem Hi-FI, penyambungan Bluetooth untuk telefon,
soket USB bagi iphone atau ipod dan stering yang dibelut kulit leather.
Perjalanan dikawasan perkampongan mahupun di kawasan Bandar, Citroen Cactus
tidak akan mengecewakan perjalanan anda.
Untuk mengetahui kedua-dua model
ini, pelanggan boleh mengunjungi Bilik Pameran Citroen di Beribi atau
menghubungi 2613888 sambungan 248 untuk menempah uji pandu.